War as Business
Nuclear Power
China * INC.
Atlas on the Prophet's Biography
Integriti & Pencegahan Rasuah
The 100 Simple Secrets of Succesful People
Your Perfect Swing
Why Great Leaders Don't take yes for an Answer
Tan Chin Nam never say I Assume!
Pesara Jutawan

ARTIKEL AKHBAR BULAN FEBRUARI 2017

  • ATM iktiraf jasa, bakti veteran tentera

    UM 21/02/2017
    Semak Katalog Kami

    Jasa dan sumbangan yang dicurah oleh veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa diiktiraf kerajaan khususnya dalam mempertahan kedaulatan dan keamanan dikecapi negara selama ini. Selain kesanggupan berkorban jiwa demi negara tercinta, warga veteran juga adalah generasi perintis legasi kecemerlangan yang dikecapi semua cabang ATM pada masa kini. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, selain mengiktiraf jasa bakti disumbangkan selama ini, kerajaan turut prihatin terhadap hal ehwal kebajikan golongan veteran dengan memberikan pembelaan yang sewajarnya.

    Beliau berkata, selain para veteran, kerajaan juga amat memahami dan prihatin terhadap nasib menimpa kalangan anggota tentera yang telah bersara melalui pelbagai usaha yang digembleng bagi memastikan segala keperluan mereka kekal terpelihara. "Dalam era serba mencabar ini, pelbagai usaha terus dilipat ganda bagi membela nasib veteran. Antara usaha atau inisiatif telah dilaksana termasuk memperuntuk jumlah perbelanjaan sebanyak RM3.28 bilion pada tahun lalu. "Peruntukan ini merangkumi pembayaran pencen, ganjaran dan faedah lain kepada semua anggota yang telah bersara atau berhenti daripada perkhidmatan sebanyak RM3.06 bilion, Bantuan Khas Kewangan (RM55.8 juta), Perubatan Veteran ATM (RM102.67 juta) dan Skim Bantuan Kebajikan sebanyak RM25.82 juta," katanya pada Persidangan Meja Bulat Kedua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Yang turut hadir, Presiden PVATM, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Noor; Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (Rafoc), Tan Sri Abd. Rahman Abd. Hamid; dan Pengerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama), Tan Sri Abdul Aziz Zainal. Selain tetamu kenamaan, persidangan itu turut disertai wakil-wakil daripada 97 persatuan yang bernaung bawah PVATM di seluruh negara. Dalam pada itu, pelbagai insentif lain turut disedia termasuk program membaik pulih dan membina rumah baharu kepada veteran ATM yang layak melalui 1Malaysia Veteran Home Repair Programme (1MVHRP), yang menjadi bukti soal kebajikan kekal diutamakan oleh kerajaan.

    Menurut Raja Mohamed Affandi, pelaksanaan program melibatkan kerjasama tiga kementerian itu bertujuan membantu veteran atau balu ATM yang daif dengan menyediakan kediaman lebih kondusif dan selesa. "Mulai tahun 2012, sebanyak 445 rumah veteran telah dibaik pulih, manakala 316 rumah pula telah dibina yang menelan belanja sebanyak RM18.9 juta. Selain itu, Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan diperluas membolehkan setiap anak veteran ATM layak menerima RM700 seorang untuk kemasukan ke Kolej Vokasional Kebangsaan atau melanjutkan pengajian di bidang kemahiran. "Selain itu, pelbagai lagi skim bantuan turut disediakan termasuk Bantuan Bencana Alam dengan kadar maksimum sebanyak RM5,000," ujarnya.

    Tambahnya, Bayaran Insentif Khas Insurgensi Kepada Veteran ATM yang diumum Perdana Menteri semasa Bajet 2017 melibatkan peruntukan RM55 juta adalah insentif terbaharu diumumkan kerajaan sebagai membela warga veteran. Di samping itu, kepemimpinan Kementerian Pertahanan juga telah membentang rancangan Teras Kebajikan Hala Tuju Mindef 2017 kepada Perdana Menteri yang menggariskan beberapa perkara termasuk Merapatkan Jurang Kadar Pencen Pesara ATM; Perancangan Veteran Tidak Berpencen dan Agenda Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR).

    Namun begitu, Raja Mohamed Affandi mengingatkan seluruh warga veteran menyedari setiap tuntutan atau perancangan memerlukan tempoh untuk dilaksana bergantung pada kemampuan kewangan semasa negara. "Saya menyeru semua veteran memanfaatkan sepenuhnya Sidang Meja Bulat II ini sebagai medium penerus kesinambungan dan muafakat yang dicapai semasa sidang sebelum ini yang telah merumuskan 12 resolusi untuk dicapai demi manfaat serta kepentingan bersama," katanya.

  • KKD laksana perubatan medan dalam pelbagai situasi

    UM 16/02/2017
    Semak Katalog Kami

    KKD yang ditubuhkan pada 11 Mei 1967 dengan dikenali sebagai Kor Ubatan dan Gigian (KUG) kini semakin berkembang dengan mempunyai lima set Modul Dewan Bedah untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk apa jua operasi dan misi kemanusiaan dalam menghadapi banjir. Modul itu pernah digunakan dalam beberapa misi termasuk misi bantuan mangsa tsunami di Acheh, Somalia dan Namibia.

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan KKD, Leftenan Jeneral Datuk Dr. Abdul Razak Md. Yusoff berkata, anggota KKD juga boleh diatur gerak pada bila-bila masa dalam sebarang bentuk misi termasuk merawat sebanyak 50 pesakit dalam satu-satu masa. "Sewaktu di Hospital Sultanah Aminah, ramai doktor dan jururawat terkejut dengan cara kami bekerja. Ada yang bertanya tentang cara kami bekerja dengan hanya ketinggian siling di bawah lapan kaki, sedangkan dewan bedah sepatutnya mempunyai ketinggian siling lebih 4.2 meter.

    "Jadi, apabila melihat cara kami bekerja, lama kelamaan, mereka boleh terima dan kita menjadi contoh, lebih-lebih lagi melihat ada anggota yang berjaga dan tidur berhampiran modul tersebut," ujarnya. Sementara itu, Abdul Razak berkata, pihaknya akan memastikan setiap pegawai dan anggota KKD mempertingkat ilmu dan kepakaran perubatan medan dari semasa ke semasa supaya dapat beroperasi dalam pelbagai situasi dan keadaan. "Kita memang tekankan latihan lebih-lebih lagi mereka perlu bekerja bawah tekanan. Setiap tahun dua siri latihan akan diadakan iaitu pada bulan Mac dan September," katanya.

    Latihan itu katanya, penting lebih-lebih lagi untuk menghadapi peperangan dan ancaman yang datang dalam pelbagai dimensi termasuk serangan bahan kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan (CBRNE).

  • Hospital medan kelebihan KKD

    UM 16/02/2017
    Semak Katalog Kami

    Tugas tentera bukanlah sekadar menggalas senjata dan menjaga keamanan negara, malah turut memikul tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat. Dengan cogan kata ‘Khidmat Diutamakan', pegawai dan kakitangan perubatan Kor Kesihatan Diraja (KKD) telah membuktikan mampu memberikan segala yang terbaik bukan sekadar di medan tempur, tetapi kepada masyarakat umum. Jika sebelum ini rata-rata masyarakat menggambarkan kehidupan tentera hanyalah di perbatasan, peristiwa kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada Oktober tahun lalu membuktikan sebaliknya.

    Kebakaran tersebut menyebabkan operasi pembedahan pesakit di HSA terjejas dan bantuan yang dihulurkan KKD berjaya mengawal situasi panik ketika itu malah menyelamatkan pesakit yang memerlukan rawatan segera. Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan KKD, Leftenan Jeneral Datuk Dr. Abdul Razak Md. Yusoff, sewaktu insiden itu, pihaknya telah menghantar Modul Dewan Bedah serta menempatkan hampir 20 pegawai dan anggota dalam satu-satu masa semasa peristiwa tersebut.

    "Kita berada di sana lebih 70 hari untuk memastikan pesakit mendapat rawatan sepatutnya, malah, sepanjang berada di sana kami berjaya melakukan sebanyak 266 pembedahan. Dengan adanya pengalaman kami dan kerjasama daripada Kementerian Kesihatan, KKD mampu membuktikan dengan semangat kerjasama dan kepakaran yang ada, segalanya mampu dilaksanakan," katanya ketika di temui Mega Wira baru-baru ini. Menurutnya, yang pasti ia bukan sekadar bantuan tetapi banyak pengalaman dan pertukaran kepakaran dilakukan bersama pihak Kementerian Kesihatan.

    "Kita telah tunjukkan semua prosedur yang diguna pakai KKD dan mereka mempelajari bagaimana untuk mengadaptasikan perubatan medan dalam keadaan bawah tekanan," ujarnya.

  • Hargai perjuangan Leftenan Adnan

    UM 15/02/2017
    Semak Katalog Kami

    Kuala Lumpur – Kisah keperwiraan Leftenan Adnan Saidi yang berjuang hingga titisan darah terakhir ketika menentang tentera Jepun di Bukit Chandu, Singapura pada 14 Februari 1942 seharusnya dikenang sebagai titik tolak kebangkitan semangat patriotism warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)) dan rakyat. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan rakyat.

    Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, rakyat khususnya golongan muda sewajarnya menghargai pengorbanan dan perjuangan Allahyarham Adnan bagi membangkitkan semangat cintakan tanah air dalam diri masing-masing. Menurutnya, warga ATM juga perlu menetapkan semangat yang ditunjukkan Adnan bagi memenuhi matlamat dan cita-cita organisasi itu dalam pelbagai aspek. "Walaupun cara dan kaedah berjuang berbeza, semangat dan ‘roh' yang ditunjukkan pahlawan negara itu perlu ada dalam kehidupan seharian tanpa mengira apa jua perkara serta pekerjaan. "Tidak mudah mengalah dan tidak cepat berputus asa itu penting demi pembangunan negara bangsa. Oleh itu, tarikh 4 Februari merupakan tarikh kebangkitan kepada kita semua tanpa mengira sama ada tentera atau rakyat biasa," katanya dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Pertempuran Bukit Chandu pada Perang Dunia Kedua yang menyaksikan kepahlawan Adnan merupakan salah satu peristiwa sejarah penting kepada negara. Dalam kejadian tersebut, anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan tentera British yang berundur dari Pasir Panjang telah disarankan untuk mempertahankan Bukit Chandu daripada serangan tentera Jepun. Sementara itu, Raja Mohamed Affandi berkata, ATM mengadakan pelbagai aktiviti khas sempena memperingati pengorbanan pahlawan negara termasuk Adnan. "Selain sambutan Hari Pahlawan, kita turut mengadakan bacaan surah yasin atau majlis tahlil dalam kalangan warga ATM", ujarnya.

  • Kisah 2 tentera bantu masyarakat wajar diketengah

    UM 14/02/2017
    Semak Katalog Kami

    Kuala Lumpur – Kisah keprihatinan anggota tentera membantu orang awam amat penting diketengahkan supaya dapat memberi kesan positif dan harapan baharu kepada masyarakat. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata khidmat bakti dan sifat prihatin tentera membantu masyarakat ditimpa kesusahan memberi gambaran betapa pasukan itu sentiasa bersedia memerah keringat.

    "Dalam landskap politik kini, saya percaya kisah anggota tentera membantu orang awam amat penting diketengahkan kerana ia berupaya membawa kesan positif dan harapan baharu kepada masyarakat," katanya, semalam. Hishammuddin merujuk kisah Koperal Shahrudin Siampak dari 5 Briged, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dan Lans Koperal Muhammad Idlan Jelani dari Batalion 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Mekanis, Kem Daralockwood, Kuantan, Pahang.

    Muhamad Idlan menyelamatkan nyawa dua beranak dari Kampung Semangat, Kuantan yang hampir lemas di tali air kampung berkenaan pada 5 Februari lalu. Ketika itu, beliau dalam tugasan di penempatan yang dilanda banjir. Anggota tentera berkenaan bertindak pantas ke lokasi kejadian lalu menghulurkan kayu bagi menyelamatkan seorang anak lelaki berkenaan. Shahrudin pula membantu mengiringi kenderaan dipandu seorang lelaki ke hospital di Kota Kinabalu membawa isterinya yang sakit mahu bersalin pada 1 Februari lalu.

  • ATM tidak abai tanggungjawab sosial

    UM 13/02/2017
    Semak Katalog Kami

    Lundu - Meskipun tugas utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah mempertahankan kedaulatan negara, namun pasukan keselamatan itu tidak mengabaikan tanggungjawab sosial membantu masyarakat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota ATM bukan hanya menjalankan tugas mempertahankan negara tetapi turut bersedia menghulurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan oleh rakyat.

    Menurutnya, bantuan yang dihulurkan itu mengikut konsep pertahanan menyeluruh ‘Hanruh' iaitu tentera dan rakyat berpisah tiada. "Anggota ATM bersedia turun ke bawah untuk pergi ke mana-mana ceruk kawasan jika ada rakyat yang memerlukan bantuan melalui Program Jiwa Murni kerana tugas mereka bukan sekadar mempertahankan negara. "Hal ini kerana kita menyedari walaupun ekonomi yang baik itu penting tetapi akan lebih penting apabila soal keselamatan dipertahankan tanpa mengabaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat," katanya ketika berucap dalam Program Gotong-Royong Perdana ATM yang dihadiri lebih 1,000 anggota masyarakat di Kampung Pueh, Sematan di sini hari ini.

    Yang turut hadir Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum; Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Ranum Mina. Di samping itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim; Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang; Panglima Medan Timur TD, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar; Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw dan wakil calon BN, Azizul Annuar Adenan turut sama pada majlis itu.

    Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan lima projek bernilai RM330,000 untuk penduduk sekitar Kampung Pueh. Dalam pada itu katanya, seorang wakil rakyat perlu aktif memainkan peranan menjadi mata dan telinga serta penyambung lidah rakyat kepada kerajaan. "Insya-Allah dengan pemilihan Kak Milah (Puan Sri Jamilah Anu) daripada calon Barisan Nasional (BN) sebagai wakil rakyat di sini, penduduk boleh memaklumkan apa sahaja kekurangan atau masalah kepada beliau untuk dibantu. Selepas itu, beliau boleh maklumkan perkara itu kepada saya untuk dibisikkan ke telinga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapat bantuan atau diselesaikan," katanya.

  • Kem tentera sentiasa siapsiaga elak diceroboh

    UM 12/02/2017
    Semak Katalog Kami

    Kuala Lumpur – Ketangkasan anggota tentera yang bertugas di pos pengawal Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Terengganu mematahkan serangan seorang lelaki semalam membuktikan pintu masuk utama semua kem tentera di negara ini sentiasa berada dalam kesiapsiagaan untuk mengelak daripada diceroboh oleh anasir yang mampu mengancam keselamatan.

    Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, selain tangkas dan cekap dalam menjalankan tugas, anggota-anggota terbabit juga cukup berdisiplin dengan mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan tugas. "Di samping keupayaan anggota tentera terlibat mengawal keadaan, kejadian yang berlaku semalam di pintu masuk kem berkenaan turut memperlihatkan ketangkasan anggota mematahkan sebarang bentuk pencerobohan mahupun ancaman.

    "Walau bagaimanapun, saya ingin ucapkan tahniah kepada anggota terlibat dan semua pasukan yang sentiasa siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan serta berani menyabung nyawa demi menggalas tugas yang diamanahkan," katanya. Beliau ditemui selepas Sidang Meja Bulat Kedua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di sini, hari ini. Yang turut hadir ialah Presiden PVATM, Senator Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd. Noor.

  • RM 3.28b untuk kebajikan bekas tentera

    HM 12/02/2017
    Semak Katalog Kami

    Kuala Lumpur – Sebanyak RM3.28 bilion dibelanjakan kerajaan khusus untuk menjaga kebajikan lebih 288, 000 bekas pegawai dan anggota tentera di seluruh negara melalui pelbagai inisiatif dan ganjaran serta bantuan, sepanjang tahun lalu. Ia bagi mengiktiraf jasa bakti dan pengorbanan disumbangkan veteran tentera selain membela nasib golongan itu secara berterusan. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, kerajaan amat memahami dan prihatin dengan nasib anggota tentera yang sudah bersara apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang yang tidak menentu.

    "RM3.28 bilion dibelanjakan kerajaan untuk membantu bekas tentera yang bersara atau berhenti, merangkumi pencen, ganjaran dan faedah lain berjumlah RM3.06 bilion, Ex-gratia Bencana Kerja (RM8.96 juta), Skim Bantuan Kebajikan (RM25.8 juta) dan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM55.8 juta. "Selain itu, kerajaan turut memberikan Elaun Kenangan Pingat sebanyak RM1.36 juta, perubatan veteran ATM berjumlah RM102.6 juta dan juga bantuan mengurus jenazah berjumlah RM9.58 juta," katanya ketika merasmikan Sidang Meja Bulat II anjuran Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVATM), semalam.

    Selain itu, katanya inisiatif melalui Program Membaik Pulih Rumah Veteran 1Malaysia (1MVHRP) yang diwujudkan sejak 2012 berjaya membaik pulih 445 rumah dan membina 316 rumah baru dengan perbelanjaan RM18.9 juta. "Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan juga diperkasakan. Jika dahulu Program Perluasan Bantuan Sekolah khusus untuk anak veteran yang berada di bawah paras kemiskinan, hanya di peringkat sekolah rendah dan menengah, kini diperluaskan kepada anak veteran yang melanjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional Kebangsaan dengan kadar bantuan RM700 setahun," katanya.

  • Sindiket tipu tender celoreng tentera kaut RM55 juta
    Norrasyidah Arshad
    BH 12/02/2017
    Semak Katalog Kami

    Shah Alam – Seorang Datuk dan tiga lagi ditahan kerana mendalangi sindiket penipuan pelaburan tender pakaian celoreng Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengakibatkan 1,000 mangsa kerugian RM55 juta. Bekas pegawai kerajaan berusia 47 tahun itu dan suspek termasuk pasangan suami isteri ditahan dalam tempoh empat hari sejak Isnin lalu. Mereka dikesan menipu orang ramai kononnya ia pelaburan dalam perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang mendapat tender membekalkan pakaian seragam ATM.

    Wanita terbabit dipercayai perancang utama, manakala suaminya membantu kegiatan jenayah itu. Sindiket beroperasi atas nama syarikat kosmetik milik suspek utama di Ampang dengan mengutip wang daripada ahli bawahan (downline) menerusi ejen. Bagi meyakinkan ejen dan ahli bawahan, sindiket mendakwa mendapat tender membekal pakaian seragam celoreng digital dan menunjukkan dokumen penghantaran palsu daripada Kementerian Pertahanan. Mereka menawarkan keuntungan palaburan antara 30 hingga 50 peratus. Ejen yang dapat mencari ramai ahli bawahan akan diberikan bayaran insentif.

    Sindiket beroperasi sejak Ogos 2015, menyasarkan mangsa di luar bandar di negeri di Pantai Timur serta di Lembah Klang dan Melaka, termasuk mereka bergelar Tan Sri dan Datuk. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Superintendan Mazelan Paijan, berkata dua kenderaan mewah BMW dan Mercedez Benz milik pasangan itu turut dirampas. Beliau berkata, tangkapan pertama dilakukan di Bukit Jelutong di sini, pada Isnin lalu, membabitkan pasangan suami isteri itu yang berusia 31 dan 30 tahun. Datuk itu ditahan di Puchong pada Rabu lalu, seorang lagi wanita berusia 30 tahun di Kajang.

    "Dia dan wanita itu adalah orang kanan sindiket berkenaan. Kami sedang mencari tujuh lagi individu berusia 28 hingga 55 tahun," katanya pada sidang media di sini, semalam. Semua suspek yang ditahan reman sehingga esok, disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Mazelan berkata, polis telah menyemak dengan Kementerian Pertahanan berhubung tawaran tender berkenaan dan mendapati dokumen itu tidak wujud. "Kementerian juga memaklumkan tidak pernah menawarkan tender berkenaan kepada syarikat milik suspek," katanya. "Kita yakin lebih ramai akan membuat laporan kerana ditipu, tetapi ada mangsa berstatus VIP tidak akan membuat laporan kerana malu," katanya.

    Mazelan berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas seorang mangsa membuat laporan polis yang mendakwa kerugian RM1.7 juta. Mangsa dari Terengganu itu mendakwa ia adalah pelaburan 40 ahli bawahannya yang dimasukkan ke akaun peribadi suspek utama dan suaminya. "Mangsa diberikan dokumen penghantaran pesanan sebagai bukti wujud tender berkenaan. Bagaimanapun, selepas bayaran, mangsa gagal menghubungi suspek sebelum berhubung dengan Kementerian Pertahanan bagi mendapatkan kepastian dan dimaklumkan tender itu tidak wujud," katanya.

  • LIMA 2017: Penyertaan negara luar meningkat

    UM 08/02/2017
    Semak Katalog Kami

    Kuala Lumpur - Lebih 30 panglima tentera laut negara asing dan 20 kapal perang mengesahkan penyertaan mereka dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 yang akan berlangsung pada 21 hingga 25 Mac ini. Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan berkata, jumlah itu lebih tinggi berbanding LIMA 2015 yang dihadiri 18 orang panglima tentera laut negara asing.

    "LIMA kali ini adalah lebih hebat dan meriah berbanding 2015 kerana jumlah penyertaan dan aset pameran yang lebih tinggi. Setakat ini dijangka sebanyak 550 syarikat pempamer daripada 38 negara akan menyertai LIMA 2017. "Peningkatan tersebut secara tidak langsung membuktikan hubungan diplomatik yang baik antara Malaysia dengan negara-negara luar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM di sini hari ini.

    Dalam majlis tersebut, Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Muda Datuk Rusli Ramli dilantik sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM yang Ke-8 menggantikan Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mior Rosdi Mior Mohd. Jaafar yang akan bersara pada 31 Ogos ini. Dalam perkembangan lain, Anuwi berkata TLDM amat mementingkan aspek pendidikan dan latihan dalam melahirkan anggota yang dinamik serta berdaya saing bagi menempuhi cabaran masa depan menerusi pendekatan sistem e-Pembelajaran.

    Katanya, TLDM juga akan melaksanakan transformasi peperiksaan iaitu daripada konsep hafal dan jawab kepada peperiksaan kemahiran berfikir bagi menyelesaikan masalah dalam satu-satu situasi. "Menerusi sistem e-Pembelajaran, tempoh dua tahun latihan dan kursus bagi perajurit dapat dipendekkan kepada setahun secara berperingkat sebelum mereka dihantar berkhidmat dalam unit-unit TLDM selain dilihat dapat menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menjimatkan.

    "TLDM mahu membentuk para anggota yang berfikiran kelas pertama menerusi pendidikan dan latihan yang diberi, terutamanya selepas berpencen kerana khidmat dan kepakaran mereka masih boleh digunakan. Sebagai contoh, mereka boleh berkhidmat dalam sektor kapal dagang yang selama ini kita sering mengambil orang luar," ujarnya.

  • Askar disaran cukupkan perkhidmatan 21 tahun

    UM 05/02/2017
    Semak Katalog Kami

    Besut – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) memandang serius masalah bekas anggota tentera yang terpaksa menempuh kehidupan tidak menentu ekoran membuat pilihan menamatkan perkhidmatan awal. Presidennya, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata, setakat ini lebih 200,000 yang memohon bersara sebelum memasuki skim berpencen berdepan pelbagai kesulitan termasuk ketiadaan rumah.

    Katanya, kebanyakan mereka yang memilih bersara awal pada usia 30-an terpaksa mencari pekerjaan sendiri dan tidak mampu menyara keluarga selain di kategori sebagai golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Menurutnya, ekoran keadaan itu, PVATM menyarankan anggota yang sedang berkhidmat sekarang supaya mencukupkan tempoh 21 tahun perkhidmatan mereka agar layak menikmati skim berpencen.

    "PVATM mencadangkan Kementerian Pertahanan agar satu skim atau kaedah diwujudkan supaya setiap anggota ATM dapat mencukupkan tempoh perkhidmatan untuk membolehkan mereka bersara dan mendapat ganjaran pencen," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan Veteran Kurang Upaya kepada Wan A. Razak Wan Jusoh, 59, di Kampung Renek dekat sini hari ini.

  • RPEL bela pesara tentera

    UM 03/02/2017
    Semak Katalog Kami

    Kuala Lumpur – Bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kelompok berpendapatan 40 peratus terendah (B40) kini berpeluang meningkatkan taraf sosioekonomi serta pendidikan dengan menyertai program Latihan Penilaian Pengiktirafan Pembelajaran melalui Pengalaman (RPEL). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, setakat ini sebanyak 600 veteran ATM akan menerima manfaat menerusi tahun pertama pelaksanaan program yang dianjurkan kementeriannya bersama Kementerian Sumber Manusia itu.

    "Ia merupakan program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan Kementerian Sumber Manusia yang menyasarkan 1,000 peserta sebagai permulaan. Kita mahu menyumbang kepada sasaran 35 peratus pekerja tempatan mahir pada 2020. "Apa yang penting, pengalaman, pengiktirafan, pengetahuan dan kemahiran mereka akan mendapat pengiktirafan menerusi sijil tahap empat dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

    Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab. Rahman; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

    Terdahulu, Hishammuddin dan Richard Riot menyaksikan Majlis Pelancaran dan Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) RPEL) antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PMSB). Hishammuddin menambah, Persatuan Veteran ATM (PVATM, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dan Perhebat perlu bekerjasama dalam memberi maklumat berkaitan program RPEL kepada veteran ATM. Sementara itu, Richard Riot berkata, kerjasama itu turut mendapat pengiktirafan pelbagai agensi dalam dan luar negara selepas dua tahun ia diperkenalkan.

    "Kita turut menjalankan kerjasama dengan Cardiff and Vale College (CAVC) dan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta dikawal selia oleh PMSB. "Sebab itu kita mahu lebih ramai golongan ini menyertai program RPEL. Ia secara tidak langsung memberi mereka peluang untuk ke peringkat lebih tinggi," ujarnya.

  • Tentera Darat bangun pelan strategik

    UM 02/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Telok Kemang - Tentera Darat akan membangunkan pelan strategik untuk generasi akan datang atau dikenali dengan singkatan Army 4nextG bertujuan mewujudkan angkatan tentera daripada kumpulan generasi Y (Gen Y) yang berkeupayaan tinggi dan mampu berdepan sebarang cabaran serta ancaman. Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, pelan berkenaan adalah kesinambungan daripada program Army 2 10 Plus 10 yang sedang dilaksanakan ketika ini.

    Menurutnya, misi utama pelan tersebut adalah mewariskan angkatan tentera yang kini diterajui oleh generasi beliau atau baby bommers dan Gen X kepada Gen Y. "Sekarang sudah masuk kepada Gen Y dan kita harus cuba menyambung antara boomers dan Gen X dengan Gen Y. Itu secara falsafah yang cuba dilakukan supaya kita dapat mewariskan angkatan tentera ini kepada generasi akan datang dengan lancar dan teratur. Seperti mana saya terima daripada generasi dahulu, ingin saya bawa sebaik-baiknya untuk generasi seterusnya," katanya dalam sidang akhbar selepas Perbarisan dan Perutusan Panglima Tentera Darat sempena Hari Tentera Darat Ke-83 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, di sini hari ini.

    Yang turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohamad Nawawi; Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Medan Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar. Raja Mohamed Affandi memberitahu, satu pasukan yang disertai oleh semua kor dan unit dalam Tentera Darat telah dibentuk untuk membicara, menelaah dan merangka pelan tersebut yang melibatkan semua aspek termasuk doktrin, pembangunan, aset dan struktur organisasi.

    "Saya mengetuai pasukan ini untuk mengkaji keseluruhan apa yang ada, apa yang kita mahu dan bagaimana kita hendak mengatasi jurang dan dengan itu kita mampu membawa organisasi ini melangkau kepada generasi akan datang," ujarnya. Mengenai acara hari ini yang diadakan sempena Hari Tentera Darat, Panglima Tentera Darat itu melahirkan rasa bangga kerana mempunyai angkatan tentera yang mempunyai kekuatan tersendiri. "Kita lihat dalam padang kawad penuh dengan anggota tentera, itu adalah kekuatan Tentera Darat. Setiap orang yang ada dalam itu adalah kekuatan Tentera Darat dan jika terlatih dengan baik, dengan berkualiti tinggi, ia mampu menjadi penampan kepada sebarang bentuk ancaman," katanya.

    Perbarisan hari ini disertai oleh 157 pegawai dan 3,425 anggota lain-lain pangkat (LLP) daripada 18 detesmen dari semua Kor Tentera Darat. Acara hari ini merupakan tradisi rejimental ketenteraan sejak tertubuhnya Tentera Darat pada 1 Mac 1933, gagasan yang dipelopori oleh Raja-raja Melayu ketika itu. Sempena perbarisan itu, Raja Mohamad Affandi menyampaikan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) kepada 10 anggota LLP manakala lapan anggota LLP dan tiga kakitangan awam menerima Sijil Kepujian Ketua Perkhidmatan.

  • TPA-M11 digerak ke Filipina

    UM 05/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Kuala Lumpur - Malaysia terus menyumbang kepada proses pendamaian antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menerusi penghantaran Pasukan Pemantau Antarabangsa-Mindanao 11 (TPA-M11) ke negara itu. Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata, penghantaran pasukan itu menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu proses damai tersebut yang telah berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Katanya, setiap tahun Malaysia dan ATM diberikan kepercayaan dan mandat oleh Filipina untuk mengetuai beberapa negara lain melaksanakan operasi pemantauan ini. "Ini merupakan pasukan pengaman kesebelas kami ke sana sejak ditubuhkan kira-kira 10 tahun lalu, sudah tentu tugasnya semakin mencabar tetapi kami berpengalaman untuk mengendalikan. Sudah tentu setiap tahun objektifnya berbeza dan kali ini kami ditugaskan untuk menentukan proses pendamaian yang dimeterai antara kerajaan Filipina dengan MILF berterusan. Kami juga perlu memastikan pelaksanaan undang-undang asas Bangsamoro berjalan, meskipun belum digubal sepenuhnya.

    "Selain itu, kami juga perlu memastikan perbalahan antara kedua belah pihak dihentikan dan alhamdulillah sejak ATM ditugaskan di sana, jumlah itu berkurangan. Kami mahu memastikan sekiranya ada permasalahan, kedua-dua pihak duduk bersama dan berbincang," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis penubuhan dan penghantaran TPA-M11 di sini hari ini. Yang turut hadir, Panglima Angkatan Bersama, Datuk Baharom Hamzah dan Ketua Misi TPA-M11, Datuk Zamrose Mohd. Zain. Pergerakan pasukan ini dilaksanakan dalam dua kumpulan dengan pasukan pertama sebanyak lima anggota termasuk Zamrose akan bertolak pada 6 Mac ini manakala kumpulan kedua yang terdiri daripada tujuh anggota ATM serta dua anggota Polis Diraja Malaysia pada 13 Mac.

    Dalam pada itu, mengulas mengenai siasatan lanjut terhadap pesawat pengangkut CN235 milik TUDM yang mendarat cemas di Kuala Selangor minggu lalu, Roslan memberitahu, bahawa perakam data penerbangan dan suara telah dihantar ke Bandung, Indonesia sejak Isnin lalu. Katanya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dimaklumkan bahawa data menerusi kedua-dua peranti pesawat itu sedang dalam proses muat turun. "Pada mulanya ada sedikit masalah untuk memuat turun data kerana ada bahagian pada kedua-dua peranti itu retak, tetapi difahamkan data itu sudah boleh dimuat turun sejak semalam."

    "Kami dalam proses menganalisis data yang dimuat turun, malah seorang juruterbang dan jurutera kami telah dihantar untuk membantu analisis data itu. Daripada analisis itu nanti kita akan tahu punca kejadian," jelas beliau.

  • Tentera Darat sambut ulang tahun ke-83

    UM 09/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) melintas hormat Panglima pada Sambutan Hari Tentera Darat Ke-83 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Tanggal 1 Mac merupakan satu tarikh keramat buat ‘ahli keluarga' Tentera Darat kerana daripada detik itulah bermula sebuah perjuangan mempertahankan maruah dan kedaulatan tanah air daripada sebarang pencerobohan anasir asing. Bagi mengenang dan menghargai setiap titik pengorbanan yang pernah ditaburkan setiap anggota, cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu mengadakan perbarisan sempena Hari Tentera Darat setiap tahun.

    Menginjak ke 2016, Tentera Darat yang ditubuhkan pada 1 Mac 1933 kini sudah memasuki usia 83 tahun dan masih kekal utuh dalam menjaga mempertahankan ibu pertiwi. Sama seperti tahun-tahun terdahulu, satu upacara perbarisan sempena ulang tahun Tentera Darat ke-83 telah diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan. Acara tersebut merupakan satu tradisi rejimen ketenteraan itu sejak ditubuhkan, gagasan yang dipelopori oleh raja-raja Melayu ketika itu. Perbarisan itu terdiri daripada 18 detesmen daripada semua Kor Tentera Darat termasuk seramai 157 pegawai dan 3,425 anggota lain-lain pangkat (LLP) daripada Trup Gerak Khas dan anggota 10 Briged (Para).

    Perbarisan berkenaan diketuai oleh Panglima Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik dengan dibantu oleh Panglima 12 Briged, Brigadier Jeneral Mohd. Nazri Abidin sementara Ajutan Perbarisan adalah Komandan PUSASDA, Kolonel Khairul Azmizal Ahmad Natal. Sambutan ulang tahun kali ini masih mengekalkan cogan kata `Tentera Darat Teguh Siaga, ATM Gah, ATM Perkasa'. Menerusi cogan kata itu, Tentera Darat harus menjadi sebuah perkhidmatan yang serba boleh, berdaya saing dan mempunyai kemampuan adaptasi yang tinggi dalam menghadapi ancaman konvensional serta bukan tradisional.

    Ini merupakan kesinambungan usaha dan komitmen Tentera Darat bagi mendukung aspirasi ATM serta keutuhan negara. Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor ketika menyampaikan perutusan sempena Hari Tentera Darat ke-83 baru-baru ini berkata, upacara perbarisan tersebut merupakan manifestasi kepada sumbangan yang telah ditaburkan setiap anggota terdahulu. Menurut beliau, pada tanggal 1 Mac 1933, 25 orang anak watan yang berjiwa besar telah menyahut panggilan menjadi perintis kepada gagasan bagi mewujudkan sebuah angkatan yang mampu berdiri sendiri dan berupaya mempertahankan tanah air.

    "Mereka yang berjiwa besar ini telah melalui pahit getir, onak duri yang mana akhirnya mereka telah melakar sejarah tersendiri. Kita merasa bangga dan menyanjungi perjuangan mereka kerana bermula dari detik itulah wujudnya Tentera Darat hari ini. Dari situlah Tentera Darat semakin berkembang pesat menjadi sebuah angkatan yang matang melangkaui umurnya," katanya. Dalam pada itu, Raja Mohamed Affandi turut melahirkan rasa bangga kerana mempunyai angkatan tentera yang mempunyai kekuatan tersendiri. "Kita lihat dalam padang kawad penuh dengan anggota tentera, itu adalah kekuatan Tentera Darat. Setiap orang yang ada di situ adalah kekuatan Tentera Darat dan jika terlatih dengan baik dengan berkualiti tinggi, kita mampu menjadi penampan kepada sebarang bentuk ancaman," katanya.

  • Transformasi pengurusan aset TLDM

    UM 15/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menyusun semula armadanya dengan mewujudkan hanya lima kelas kapal supaya kos lebih efektif untuk diselenggara dan diuruskan. Lima kelas kapal itu meliputi kapal tempur pesisir pantai (LCS), kapal peronda generasi baharu (NGPV), kapal tugas khas pesisir pantai (LMS), kapal sokongan pelbagai peranan alma (MRSS) dan kapal selam. Ketika ini TLDM mempunyai 15 kelas kapal yang dibina di tujuh negara berlainan iaitu United Kingdom, Jerman, Itali, Perancis, Sweden, Korea Selatan selain buatan tempatan.

    Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata kebanyakan aset itu adalah kapal lama dan sudah berusia yang secara tidak langsung ia sukar untuk diurus selain memerlukan peruntukan tinggi. "Jadi dengan berfikir di luar kebiasaan, kita lihat ada peluang untuk kurangkan kelas kapal kepada lima, tetapi pada masa sama, kita akan tambah kapal-kapal dalam kategori kelas katanya selepas majlis pemakaian pangkat kepada pegawai TLDM dan pegawai kehormat Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Ahmad Kamarulzaman berkata, usia sebahagian aset TLDM sedia ada hari ini menjangkau purata usia 32 tahun. Sehubungan itu, katanya, usaha menerusi Program Transformasi 15-kepada-5 Armada TLDM itu akan memberi tumpuan dalam pembinaan kapal buatan tempatan bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap kepakaran luar. Katanya, inisiatif baharu yang mentransformasikan pengurusan aset itu mampu meningkatkan kesejahteraan warga TLDM dan memperkasakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada komuniti.

  • Panglima TLDM tersenarai ahli Hall Of Fame MPAT

    UM 19/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Kuala Lumpur - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dimasyhurkan sebagai ahli keenam dalam Hall Of Fame Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT). Komandan MPAT, Laksamana Pertama Datuk Sabri Zali berkata, pemasyhuran tersebut merupakan tanda penghormatan tertinggi kepada alumni maktab berkenaan dan diputuskan melalui Mesyuarat Lembaga Gabenor MPAT.

    "Antara kriteria utama penerima Hall Of Fame adalah alumni MPAT yang masih berkhidmat dan sedang menjawat jawatan tertinggi dalam perkhidmatan masing-masing iaitu darat, udara ataupun laut. "Idea mewujudkan Hall Of Fame telah dibincangkan serta diputuskan semasa Mesyuarat Lembaga Gabenor MPAT Ke-45 pada 30 Disember 2013 dan pemasyhuran pertama dilakukan pada Ogos tahun berikutnya," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut di sini hari ini.

    Acara yang berlangsung di dewan Trisakti, MPAT itu turut dihadiri Ahli Lembaga Gabenor MPAT dan barisan kepimpinan MPAT. Lima ahli Hall Of Fame yang dimasyhurkan sebelum ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; bekas Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan bekas Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Mohd. Amdan Kurish. Dua lagi ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Roslan Saad.

    Sementara itu, Ahmad Kamarulzaman berkata, beliau bertugas sebagai anggota tentera dengan berpegang pada prinsip menukarkan cabaran kepada peluang dan prinsip berkenaan telah mendorong beliau untuk terus maju dalam karier. "Selain mengamalkan sikap positif, saya juga sentiasa berpesan pada diri menjadi yang terbaik bukanlah sesuatu yang penting tetapi melakukan yang terbaik adalah penentu segalanya," katanya.

  • Tingkatkan teknologi pertahanan hadapi cabaran semasa

    UM 20/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Kuala Lumpur - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini bertitah para pegawai tentera muda perlu terus meningkatkan pengetahuan dalam ilmu ketenteraan supaya mereka lebih sensitif dengan perkembangan teknologi pertahanan semasa. Sebagai pegawai tentera berijazah, baginda turut berharap pa­sukan pertahanan negara akan lebih berkemampuan untuk menghadapi cabaran kerjaya masa ha­dapan dengan penuh yakin serta semangat jati diri yang tinggi.

    "Seperti yang kita ketahui, profesion ketenteraan merupakan satu kerjaya yang unik. Kerjaya ini menekankan dua elemen penting iaitu kemahiran ketenteraan dan kepakaran profesional dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, sains dan pengurusan yang strategik. Gabungan kedua-dua elemen ini akan memberi kesan kepada usaha meningkatkan keupayaan pertahanan negara. Beta harap dengan ilmu yang ada, saudara-saudari akan dapat menyumbang ke arah pembentukan angkatan tentera yang kredibel dan disegani," titah baginda pada istiadat perbarisan pentauliahan diraja dan pengurniaan watikah tauliah pegawai kadet dan pegawai graduan Angkatan Tentera Malaysia 2016 di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.

    Teks titah ucapan baginda dibacakan oleh Tengku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim. Tuanku Abdul Halim mahu mereka lebih proaktif dalam membantu merancang masa hadapan angkatan tentera supaya dapat menyesuaikan diri kepada ancaman bentuk baharu yang mula dirasai dalam proses globalisasi kini. Baginda turut mengingatkan para graduan supaya sentiasa menjaga nilai peribadi dan akhlak supaya tidak terjebak dengan gejala tidak sihat. "Maruah dan imej angkatan tentera boleh terjejas akibat tindakan segelintir pegawai yang tidak bermoral dan tidak amanah. Maka semua tugasan hendaklah disempurnakan dengan jujur dan ama­nah," titah baginda.

    Pada majlis itu, Tunku Puteri Intan Safinaz mengurniakan watikah tauliah kepada 368 orang pegawai tentera termasuk 85 wanita, yang menamatkan latihan ketenteraan dan pengajian akademik mereka iaitu dalam jurusan kejuruteraan dan dalam bidang pengurusan. Pegawai Rendah Kanan Muhammad Aliff Zailan Zamri dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan; Pegawai Rendah Kanan Nur Izzuddin Kamarozaman sebagai Pegawai Kadet Terbaik Tentera Darat; Pegawai Kadet Kanan Muhammad Ashraf Hassan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Tentera Laut dan Pegawai Rendah Muda Mohamad Asmaie Sahabudin pula Pegawai Kadet Terbaik Tentera Udara.

  • Program Remaja Berwawasan pupuk jati diri pelajar

    BH 21/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Program Remaja Berwawasan (PRB) yang memasuki tahun keempat pelaksanaannya, bermatlamat untuk memupuk jati diri dan pembentukan keperibadian terpuji dalam kalangan pelajar sekolah. Sehingga kini, 190 sekolah terbabit dengan program ini, dengan penyertaan 7,200 murid sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Pada 2016, 70 sekolah menengah lagi terbabit dengan tambahan negeri baru iaitu Pahang, Sabah dan Sarawak.

    Secara keseluruhannya, jumlah sekolah yang turut serta sehingga kini, ialah 260 membabitkan 10,400 pelajar menengah. Alhamdulillah, melalui kajian keberkesanan program yang dilakukan oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2014 dan 2015, menunjukkan program ini berjaya memberi impak positif terhadap personaliti remaja dan tahap jati diri mereka juga meningkat. Sesungguhnya, negara memerlukan remaja berkemahiran, berwawasan dan bersahsiah dalam usaha membangun dan memacu kemajuan negara pada masa depan.

    Justeru, modal insan yang berkualiti adalah aset utama dalam merealisasikan matlamat negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Program ini adalah langkah tepat dalam usaha membentuk murid sekolah untuk menjadi modal insan cemerlang, untuk mengambil peranan dalam arus perdana seiring dengan Program Transformasi Negara. Inilah aspirasi murni yang perlu kita titikberatkan demi memastikan kredibiliti dan survivality Malaysia dalam menghadapi pelbagai rencam tuntutan dan cabaran yang mendatang. Jadi, Kementerian Pertahanan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalu-alukan tanggungjawab selaku agensi peneraju kepada Program Remaja Berwawasan.

    Kami berasa gembira kerana dapat melestarikan mandat ini dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kami juga berasa teruja kerana inisiatif ini dapat digerakkan dengan gandingan beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, sebagai mendokong wadah Gagasan 1 Malaysia. Hasil permuafakatan dengan pihak berkenaan, kita telah melaksanakan pelbagai aktiviti seperti program mingguan, Program Summer Camp, Kursus Penataran Jurulatih dan sebagainya.

    Untuk makluman, ada empat belas Program Summer Camp yang dirancangkan bagi tahun ini. Sarawak diberikan penghormatan sebagai tempat pembukaan Summer Camp Siri 1/2016 ini diikuti negeri Melaka Siri 2 dan seterusnya seluruh negara hinggalah Siri 14/2016. Perlu disebut, PRB 2016 adalah lanjutan kepada Strategi Lautan Biru Kebangsaan 8 (NBOS 8) di dalam usaha untuk mengurangkan jenayah. PRB adalah inisiatif keempat di bawah Uniform Policing 2 bertujuan untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

    Program di Kuching ini membabitkan 10 sekolah menengah iaitu SMK Santubong, Kuching (TDM), SMK Datuk Patinggi Hj Abdul Gapor, Kuching (TUDM), SMK Padungan, Kuching (PDRM), SMK St Thomas, Kuching (PDRM), SMK Asajaya No 2, Samarahan (TDM), SMK Sadong Hilir, Samarahan (PDRM), SMK Wira Penrissen, Padawan (TDM), SMK Batu Kawa, Padawan (PDRM), SMK Palm, Padawan (PDRM) dan SMK Lundu, Lundu (TDM). Program ini membabitkan 400 pelajar iaitu 40 orang setiap sekolah di samping 20 guru pengiring iaitu dua guru setiap sekolah. la melibatkan 50 orang jurulatih iaitu 25 jurulatih ATM dan 25 jurulatih PDRM serta lima jurulatih setiap sekolah.

    Untuk rekod, PRB turut diperluaskan ke Pahang, Sabah, dan Sarawak. Sebelum ini 10 negeri telah terlibat sejak 2013 hingga 2015 iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan. Untuk makluman, Program Summer Camp akan diadakan seperti berikut: 2-6 Mei (Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak), 9-13 Mei (Kedah dan Terengganu), 1-5 Ogos (Sabah), 16-19 Ogos (Johor, Kelantan dan Perak), 5-9 September (Negeri Sembilan) dan 26-30 September (Perak dan Pahang). Kursus Penataran Jurulatih akan diadakan pada 10-14 Oktober (Johor, Selangor dan Kuala Lumpur), manakala Perak, Kedah dan Pulau Pinang (24-28 Oktober) tahun ini.

    Bengkel PRB yang membabitkan 70 jurulatih PRB terdiri ATM, PDRM dan KPM pula akan diadakan pada 1-4 November di Melaka meliputi pemurnian modul latihan dan perbincangan Garis Panduan PRB yang telah dihasilkan. Sesungguhnya, negara melalui PRB mengharapkan kita berjaya membentuk budaya dan keperibadian unggul dan berketrampilan di kalangan peserta dan remaja. Negara memerlukan sumber tenaga manusia yang berkualiti, futuristik dan berinovasi di dalam memastikan Wawasan 2020 dapat dicapai dengan cemerlang.

  • ATM kini miliki peluru berpandu Starstreak

    UM 22/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Kuantan - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini memiliki sistem peluru berpandu jarak dekat (VSHORAD) tercanggih, Starstreak bagi menggantikan sistem pertahanan udara teknologi lama dikenali sebagai Starburst. Ketua Tim Projek Starstreak, Kolonel Zainal Mohd. Noor berkata, latihan penggunaan sistem peluru berpandu dari bumi ke udara itu kini giat dilakukan di Skuadron 401, Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini.

    Beliau berkata, seramai 14 anggota ATM melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, udara dan laut terlibat dalam latihan tersebut. "Sebelum ini iaitu pada bulan Oktober tahun lalu, kita menghantar 12 anggota ke United Kingdom (UK) untuk belajar penggunaan sistem tersebut. Latihan selama enam minggu di UK cukup bermakna kepada 12 anggota ATM terlibat yang kini menjadi jurulatih penggunaan sistem peluru berpandu tercanggih itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

    Zainal berkata, Starstreak berbeza dengan Starburst dan sememangnya memerlukan latihan yang kerap untuk mahir menggunakan sistem baharu itu. Beliau berkata, ATM kini memiliki sistem interim peluru berpandu berkenaan yang dipinjamkan oleh syarikat pembekal, UK Thales Air Defence Ltd. "ATM akan memperoleh Starstreak Next Generation (NG) iaitu versi terbaharu, kita jangka pada 2018 kita akan memiliki sepenuhnya sistem berkenaan. Negara lain sudah pun menggunakan sistem Starstreak ini dan kita mahu yang terbaharu supaya kita tidak ketinggalan," katanya.

    Beliau berkata, syarikat pembekal Starstreak menghasilkan VSHORAD generasi terkini yang mencecah kelajuan sehingga Mach 3 iaitu lebih laju daripada sebuah jet pejuang.

  • Kebajikan warga ATM terbela
    Md. Azrin Rosly
    UM 27/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Sibu - Datuk Seri Najib Tun Razak nienegaskan, kerajaan akan terus memastikan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbela. Perdana Menteri berkata, perkara itu bukanlah ungkapan retorik politik sahaja sebaliknya telah dan akan diterjemahkan dalam bentuk dasar serta program yang boleh meningkatkan kebajikan anggota tentera. "Sebab saya percaya kalau kita nak bersemangat pertahankan negara, kerajaan mesti pastikan kebajikan saudara-saudari, keluarga semua sekali terbela. "Ini bukan cakap politik, ini kita telah laksanakan dan buktikan. Bukan kerana saya jumpa anda baru bercakap ini, sudah buat pun dan Insya-Allah kita akan terus tambah lagi untuk kebajikan anggota-anggota," katanya.

    Perdana Menteri berucap dalam perjumpaan Segulau Sejalai Enggau bersama kira-kira 1,600 anggota dan pegawai ATM di Dewan Sri Oya, Kem Oya hari ini. Mengulas lanjut, Najib berkata, beliau sebelum ini menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun dengan mengutamakan kebajikan dan usaha itu ini disambung Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Dalam pada itu, beliau turut melancarkan perkhidmatan bas sekolah ATM untuk anak tentera melibatkan sebanyak 176 buah bas di seluruh negara.

    Jelasnya, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada 11,275 anak anggota ATM dengan perlindungan insurans merangkumi 76 kem. "Saya beri kelulusan untuk biayai bas-bas ini supaya tidak ada seorang anak-anak tentera naik trak tiga tan pergi ke sekolah lagi dan selepas ini saya sendiri akan cuba menaiki bas itu di sini," ujarnya. Dalam pada itu, Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi menambah prasarana dan kemudahan di Sekolah Kebangsaan Batu 15, Kem Oya seperti diminta oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

  • Pengorbanan perwira kita wajar diiktiraf

    BH 28/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Perlu dinyatakan bahawa pembabitan secara langsung dan tidak langsung anggota keselamatan negara terutama tentera kini semakin bertambah dalam menjaga keamanan negara di darat, laut dan udara. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya terbabit dalam misi keamanan di luar negara, tetapi juga perlu menjaga keamanan dalam negara seperti menghadapi pencerobohan Lahad Datu, Sabah, pada 2013. Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan laporan bahawa kira-kira 100 bot dan kapal dari China menceroboh perairan negara dekat Beting Patinggi Ali kawasan Sarawak di Laut China Selatan menyebabkan tiga kapal dan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihantar ke sana untuk memastikan keselamatan perairan negara terkawal.

    Keperwiraan ATM tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Pada 1993, misalnya, anggota tentera kita membantu askar Amerika Syarikat dalam pertempuran di Mogadishu, insiden yang difilemkan oleh Hollywood dan diberi tajuk Black Hawk Down. Filem itu tidak memaparkan askar kita, tetapi pegawai Amerika mengakui keberanian mereka dan mengiktiraf peranan ATM. Dua dekad kemudian, anggota tentera kita sekali lagi terbabit dalam konflik bersenjata, kali ini di bumi sendiri apabila 235 pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu, Sabah. Dua anggota tentera negara dan enam anggota polis gugur dalam peristiwa itu. Soal keselamatan ketika ini juga semakin menjadi perhatian gara-gara aktiviti militan IS, meskipun anggota tentera belum lagi diperlukan terbabit buat masa ini.

    Serangan bom IS di Brussels, Belgium, baru-baru ini apabila 31 orang maut, termasuk tiga penyerang dan 340 lagi cedera sekali lagi menunjukkan pentingnya anggota keselamatan kita bersiap siaga menghadapi ancaman dalam dan luar negara. Atas pengajaran lalu selepas terbabit dalam misi di luar negara dan mengusir musuh yang mengganas di tanah air ini selain menyedari cabaran keselamatan masa kini, wajarlah anggota ATM diberi penghargaan atas pengorbanan setakat ini. Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerajaan prihatin kepada keperluan untuk menjaga kebajikan anggota tentera dan keluarga mereka. Dalam mana-mana profesion sekalipun, sesuatu kerja dapat dilakukan pada tahap terbaik jika seseorang itu tabu diri dan keluarganya dalam keadaan sihat sejahtera dan cukup serba serbi.

    Oleh itu, inisiatif tertentu sudah diambil bertujuan memberi semangat kepada warga ATM bahawa kerajaan turut memandang berat untung nasib mereka dan anak isteri pada setiap masa. Antara inisiatif itu ialah pelancaran Perkhidmatan Bas Sekolah ATM dengan penyediaan 176 bas untuk 11,725 anak tentera di 76 kem seluruh negara. Tentu lebih selesa naik bas berbanding trak askar. Februari lalu, dilaporkan 76,771 anggota lain-lain pangkat (LLP) ATM mendapat khabar gembira kerana bakal menikmati peningkatan tangga gaji sehingga tahap tertinggi mulai 1 Julai. Kita menaruh harapan bahawa inisiatif dan insentif ini akan meningkatkan lagi semangat dan memberi motivasi kepada semua anggota ATM sejajar dengan ungkapan `Tentera Benteng Pertahanan Negara'.

  • Starstreak kukuh pertahanan udara negara
    Mohamad Shofi Mat Isa
    UM 30/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Mengendalikan sistem peluru berpandu Starstreak bukan mudah dan memerlukan kepakaran serta latihan yang kerap dan komprehensif bagi memastikan aset pertahanan udara terbaharu negara itu dapat dikendalikan dengan sempurna. Bertempat di Skuadron 401 TUDM yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan baru-baru ini, penulis berpeluang melihat Starstreak serta mencuba simulasi sistem peluru berpandu berkenaan. Dua kali mencuba, penulis gagal untuk menemui sasaran biarpun sasaran itu hanya statik dan tidak bergerak. Ini kerana bukan mudah bagi mengendalikan Starstreak yang menggantikan sistem pertahanan udara teknologi lama dikenali sebagai Starburst yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Disebabkan itu, selepas termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara anak syarikat Kumpulan Weststar, Global Komited Sdn. Bhd. dan UK Thales Air Defence Ltd., ATM pada Oktober tahun lalu menghantar seramai 12 anggotanya ke United Kingdom (UK) untuk belajar mengenai penggunaan sistem tersebut. Ketua Tim Projek Starstreak, Kolonel Zainal Mohd. Noor berkata, latihan selama enam minggu di UK cukup bermakna kepada 12 warga ATM terlibat iaitu dua daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), lima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan lima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kini menjadi jurulatih penggunaan sistem peluru berpandu dari bumi ke udara itu.

    "Bertempat di Skuadron 401 TUDM, Pangkalan Udara Kuantan, latihan dijalankan membabitkan 14 anggota (dua daripada TDM, enam TLDM dan enam TUDM) oleh jurulatih kita yang telah ke UK sebelum ini,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Yang turut hadir Naib Presiden Kanan Kumpulan Kumpulan Weststar (Bahagian Automotif dan Pertahanan), Datuk Nik Hamdan Nik Hassan. Menurut Pegawai Memerintah Skuadron 401 TUDM, Leftenan Kolonel Alias Hassan, Skuadron 401 TUDM merupakan skuadron TUDM yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem pertahanan udara. Selain daripada bertanggungjawab ke atas pertahanan udara, Skuadron 401 TUDM juga melaksanakan kursus pengendalian sistem misil Starstreak bagi ATM.

    "Saya berasa amat bangga kerana skuadron ini telah diberi kepercayaan sebagai pusat kecemerlangan dengan semua latihan system Starstreak akan dilaksanakan di sini. Ini termasuklah dalam melatih anggota TDM dan TLDM. Di samping itu juga, Skuadron 401 TUDM bertanggungjawab dalam senggaraan sistem Starstreak bagi kesemua perkhidmatan ATM. "Dengan perolehan sistem Starstreak, Skuadron ini akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pertahanan terakhir tangkisan serangan udara dalam mempertahankan sesebuah aset TUDM khasnya dan aset penting negara amnya," tambahnya.

    Seorang jurulatih sistem berkenaan, Kapten Mohamad Hadi Ali Mokhtar daripada Skuadron 401 TUDM berkata, banyak ilmu dipelajarinya sepanjang enam minggu berada di UK dan dia berbangga kerana terpilih untuk mempelajari serta mengendalikan sistem pertahanan udara tercanggih itu. Pelatih daripada Rejimen Artileri Diraja (RAD), Leftenan Muhamad Zulhaziq Rosli berkata, dia berasa bertuah kerana dipilih mengikuti latihan penggunaan sistem Starstreak yang merupakan sistem pertahanan baharu di negara ini. "Sistem ini memang berbeza dengan Starburst dan sememangnya memerlukan latihan yang kerap untuk memahirkan kita menggunakannya dan saya berbangga menjadi salah seorang anggota yang dipilih untuk mempelajarinya,'' katanya.

    Sementara itu, mengulas mengenai sistem Starstreak, Zainal berkata, ATM kini memiliki sistem interim peluru berpandu berkenaan yang dipinjamkan oleh syarikat pembekal, UK Thales Air Defence Ltd. "ATM akan memperoleh Starstreak Next Generation (NG) iaitu versi yang terbaharu, kita jangka pada 2018 kita akan memiliki sepenuhnya sistem berkenaan. Negara lain sudah pun menggunakan sistem Starstreak ini dan kita mahu yang terbaharu supaya kita tidak ketinggalan,'' katanya. Beliau berkata, syarikat pembekal Starstreak menghasilkan peluru berpandu jarak dekat (VSHORAD) generasi terkini yang mencecah kelajuan sehingga Mach 3 iaitu lebih laju daripada sebuah jet pejuang. Katanya, dengan bantuan daripada pancaran laser, pengendali boleh mengawal ketiga-tiga ‘dart' peluru berpandu secara serentak.

    "Hasilnya, panduan laser telah meningkatkan ketepatan sasaran dan mampu mengelak daripada dikesan,'' katanya. Menurutnya, Starstreak direka untuk menyediakan pengesanan, penilaian ancaman, peruntukan senjata dan penglibatan daripada pelbagai ancaman termasuk pesawat sayap kaku, helikopter, peluru berpandu dan pesawat tanpa pemandu (UAV). Sementara itu, Nik Hamdan berkata, pemilikan Starstreak tidak hanya melibatkan transaksi perniagaan semata-mata tetapi merangkumi pertukaran teknologi dan pengetahuan sistem pertahanan yang akan memberi manfaat jangka masa panjang. Katanya, industri pertahanan negara akan mendapat manfaat melalui program ‘offset' yang ditawarkan oleh UK Thales Air Defence Ltd.

    "Antara faedah yang diraih adalah pemindahan teknologi dalam perkakasan dan perisian aplikasi yang berhubung kait dengan sistem dan juga dalam bidang-bidang lain yang berkaitan. UK Thales Air Defence Ltd. juga menawarkan pakej latihan untuk pengendali dan juruteknik untuk memastikan operasi lancar sepanjang kitar hayat sistem digunakan,'' katanya.

  • RMN moves to strengthen country's maritime security

    The Star 09/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Lumut - The Royal Malaysian Navy (RMN) is set to consolidate all its naval units from 15 classes to five in an effort to strengthen the country's maritime security. Navy chief Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin said this is part of the RMN's transformation programme to strengthen its armada and also to be cost effective. "The replacement process will be done in stages. We will focus on the abilities of the local industry and from 15 classes we will consolidate it to five classes.

    "The five classes are New Generation Patrol Vessels (NGPV), Littoral Combat Ships (LCS), submarines, Littoral Mission Ships (LMS) and Multi Support Ships. This will be done in accordance with the allocation set by the Government," he said after accompanying Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein to launch the keel-laying ceremony for the first of six LCS' at the Boustead Naval Shipyard here yesterday. The RMN is set to be bolstered by six LCS built by Bousted, an associate company under Bousted Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC).

    The six ships, estimated to be worth RM9bil, will be equipped with superior four-dimensional warfare capabilities for electronic, air, surface and underwater threats integrated with state-of-the-art systems. One interesting part of the ship is its stealth capability, which reduces radar reflection to minimise visibility and detection and it is also capable of rapid launch and recovery of boats. BHIC executive deputy chairman Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor said the shipyard has contributed significantly in enhancing the assets of the armed forces and naval sector.

    Hishammuddin said the LCS will be the biggest combat ship built in the Malaysian armada and added that even though the economy is slow, the security and defence aspect of the country will not be compromised. The first LCS vessel is expected to be completed in early 2019, with subsequent vessels to be completed at 10-month intervals thereafter.

  • LTAT to distribute 12% in dividend and bonus payout

    The Star 14/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Kuala Lumpur - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) or the Armed Forces Fund Board will distribute total dividends and bonuses at 12% amounting to RM693.8mil to the eligible members for the financial year ended Dec 31, 2015. The armed forces superannuation fund announced last Friday it recorded an unaudited total profit of RM766.8mil for FY15. As for the 12% dividend and bonus, it would comprise of 6% dividend and 6% special bonus in the form of unit trusts for active members. The dividends and bonuses will be paid out to contributing members beginning today.

    For the past 43 years, the average yearly dividend and bonus paid out stood at 11.3% per annum. For FY15, LTAT's total assets increased by 1.1% to RM9.4bil from RM9.3bil in FY14. Members' contribution increased to RM9.1bil from RM8.9bil. LTAT chairman Senator Admiral (R) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor said despite the challenging economic climate, locally and globally, the fund was thankful that members of the armed forces and their families were able to benefit from its strong dividend distribution as a result of its achievements in 2015.

    To date, contributions from LTAT and its group of companies as well as Yayasan Warisan Perajurit to eligible serving and retired members of the armed forces have totalled RM209.7mil. To provide affordable housing to serving and retired members of the armed forces, LTAT aims to build 2,988 affordable homes in Taman LTAT Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 210 units in Mutiara Rini in Johor and 300 units in Bandar Segari in Perak.

  • Army veterans want their pensions raised
    Nicholas Cheng
    The Star 29/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Ampang - During his heyday in the 1980s, Jalalludin Nasir worked as a technician in the Malaysian Armed Forces. But now on a meagre pension of RM1,000 a month, the 59-year-old retired sergeant has to find new ways to make money – by deejaying at weddings and working odd jobs in his village in Sungai Buloh. The sole breadwinner, whose son is looking to start college this year, said the pension for his 21 years of service in the army was barely enough to make ends meet.

    What has further ticked off the father of four and his fellow retired veterans was an announcement by the Defence Ministry that over 75,000 serving personnel of other ranks (LLP) would be getting their salaries bumped with a RM58.89mil allocation. The veterans, however, will not enjoy the same perk, and the retired security forces personnel group Pahlawan has taken issue with this. "They are making us feel like we have no value, as if those before them did not do any work. I consider this a discrimination against veterans," the heart patient said during a press conference by Pahlawan yesterday.

    Leading a group of 100 former servicemen, Pahlawan president Asri Buang (pic) called for pensions of veterans to be raised to match the pensions the serving LLP officers would receive with the new pay bump. Army officers serving up to 21 years receive a pension of 50% of their last salary and 60% if they have served over 23 years. Those serving under 10 years receive no pension. "Last time, officers of the LLP highest rank could only get a RM1,600 pension. We are living in the same difficult times and have the same cost of living, so how are veterans expected to live off the pensions from their old salary?" he asked, adding that some retirees were living off pensions as low as RM700.

    He said the group had five demands to the ministry, which is set to raise salaries on July 1. The main demand is for veterans to have their pensions raised as well. Pahlawan also wants the ministry to provide veterans, who do not qualify for pension, an annual cash aid of RM6,000 and to allow spouses of retirees to continue receiving pensions even after the demise of ex-servicemen. "We also want the Government to provide us with land or homes after we retire. This is under the Malaysian Armed Forces Council orders of 1973. "It said that every retiree may claim up to 8ha of Government land. Until now, it has never been done. We are just claiming what is entitled to us," he claimed.

  • Armed Forces, cops to continue joint work
    Mohd Farhaan Shah
    The Star 29/03/2016
    Semak Katalog Kami

    Kota Tinggi - The Government will continue with the National Blue Ocean Strategy of joint cooperation between the police and Armed Forces to ensure terrorists would not target Malaysia. Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said the attacks in Belgium, France and Turkey were a deadly reminder of how terrorist groups operated. "The joint patrols between the country's two security forces have helped reduce the fear of terrorism among Malaysians, particularly in public areas nationwide. However, we should not rest on our laurels and must continue to be vigilant in keeping Malaysia safe from any harm," he said after witnessing the test-firing of Starstreak – the latest Armed Forces' surface-to-air defence system – at Tanjung Logok here yesterday.

    Hishammuddin pointed out that the sharing of intelligence between the two security forces had helped maintain peace and thwart terrorist groups from carrying out their plans. "The relationship between the Armed Forces and the police is at its best and I give assurance to Malaysians that the Government, in particular myself, will fight terrorists until the end," he said. Hishammuddin also said Malaysia would continue to keep tabs with the developments in the disputed South China Sea. He said Malaysia was always in touch with neighbouring countries, as well as Australia, for information on military assets deployed to the area.

    "The navy has informed me that there are no foreign naval ships in Beting Patinggi Ali near Miri in the South China Sea and the situation is under control. "If there are any military assets in the area, then Malaysia, through Wisma Putra, will use all possible channels to find a proper solution and avoid any conflicts," Hishammuddin said.

  • 'No foreign vessels at Beting Patinggi Ali'

    NST 29/03/2016
    Semak Katalog Kami

    The Royal Malaysian Navy has found no encroachment of foreign vessels on Malaysian waters at the Beting Patinggi Ali area off Miri, Sarawak. Navy chief Admiral Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin said one of its vessels despatched to the area to check on a claim that some 100 China fishing vessels were operating there, reported no sighting of such vessels. "There has been no sighting of Chinese fishing vessels at the Beting Patinggi Ali area."

    "We can assure that our waters in the area are safe from encroachment. RMN's KD Serang has been ordered to patrol the area, and will continue monitoring," he said at the army's surface-to-air missile shooting range in Tanjung Logok here yesterday. He was there to witness a firing demonstration of the armed forces' new Starstreak very-short-range air defence missiles (VSHORAD). Kamarulzaman told the New Straits Times that KD Serang, a fast-attack craft, would soon be replaced by the navy corvette, KD Kasturi.

    He said the corvette was expected to arrive at its operations area by today and take over patrolling of Malaysian waters around the sandbank area from KD Serang. "KD Serang will be replaced by KD Kasturi tomorrow (today) to continue our maritime security monitoring at Beting Patinggi Ali waters." Yesterday's firing demonstration was witnessed by Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein, who was accompanied by his deputy Datuk Mohd Johari Baharom, ministry secretary-general Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Army Chief General Tan Sri Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed Noor and Royal Malaysian Air Force chief General Tan Sri Roslan Saad.

    Hishammuddin, when asked about the alleged encroachment by fishing vessels, reiterated that overlapping territory claims at the South China Sea should be resolved through discussions by the Foreign Ministry and its counterparts. He said the ministry took a serious view of encroachment incidents if they involved the build-up of foreign military presence. On Starstreak, Hishammuddin said the surface-to-air missile was the latest defensive weapon in the armed forces' arsenal, acquired under the 11th Malaysia Plan to replace Starburst, the use of which was dis-continued in 2010.

    "This is a part of Mindef's five readiness thrusts aimed at improving our defence readiness. We will continue to heighten our defence capabilities." Asked about the effects of the economic downturn on the ministry's procurement budget, he said this was the time when the ministry would be "able to see who true friends were". Giving the purchase of Starstreak as an example, where Mindef was given a fair deal by its manufacturer Thales Air Defense UK Limited with the buyback of the old Starburst missile system, he said the economic challenges would see the end of partners who only sought profits in their cooperation with the ministry.

    "What we need is to see real partners, who are willing to be with us during this trying time and in the long run." Hishammuddin said Starstreak was the best in its class with an operational range of over 7km and could reach more than Mach 3 (generally, three times the speed of sound) velocity. The weapon is expected to be received by the armed forces by 2018.

Hubungi Kami

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Jabatan Arah Pendidikan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
library@mod.com.my
Peta ke Perpustakaan KEMENTAH




Waktu Operasi

Perpustakaan KEMENTAH
Isnin-Jumaat : 0830 - 1645

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (TUTUP)