Peraturan Am Perpustakaan KEMENTAH
- Keahlian perpustakaan tidak boleh ditukarmilik. Kad keahlian adalah diberi secara percuma. Sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan, keahlian akan digantung selama semingu.
- Beg dan bungkusan hendaklah disimpan di tempat khas yang telah disediakan dan tidak dibenarkan dibawa masuk melainkan dengan kebenaran pihak perpustakaan.
- Pengguna diwajibkan berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam perpustakaan.
- Pengguna tidak dibenarkan memakai selipar semasa berada di dalam perpustakaan.
- Pengguna mesti berkelakuan baik, sopan dan dilarang merokok, makan dan minum semasa berada di dalam perpustakaan.
- Dilarang membuat bising dan mengganggu ketenteraman dalam perpustakaan. Pengguna yang berbuat demikian boleh diarahkan untuk meninggalkan perpustakaan.
- Pengguna tidak dibenarkan mengguna telefon bimbit di dalam perpustakaan. Telefon bimbit hendaklah ditetapkan dalam tetapan senyap. Jika ingin menggunakan telefon, pengguna dinasihatkan ke ruang legar perpustakaan.
- Dilarang membawa dan memindahkan bahan perpustakaan dari satu seksyen ke seksyen yang lain.
- Dilarang membuang sampah di dalam atau di luar bangunan perpustakaan. Buang sampah kedalam tong yang telah disediakan.
- Pengguna yang membuat salinan bahan perpustakaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang bersabit dan bertentangan dengan AKTA HAKCIPTA.
- Tidak dibenarkan menyalahgunakan kemudahan internet untuk melayari laman web lucah, games, perkauman, hasutan dan lain-lain perkara yang difikirkan tidak sesuai kepada pengguna.
- Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab atas keselamatan barang pengguna yang dibawa masuk atas kebenaran.
- Pihak perpustakaan mempunyai kuasa mengarahkan pengguna yang mengganggu ketenteraman untuk meninggalkan dari perpustakaan.
- Para ibubapa yang berhasrat meninggalkan anak-anak mereka di dalam perpustakaan terutamanya pada waktu cuti persekolahan perlu memastikan agar peraturan perpustakaan di atas dipatuhi.
- Pihak perpustakaan berhak untuk menarik balik keahlian bagi mereka yang tidak mematuhi peraturan.
- Semua buku yang telah dirujuk hendaklah diletakkkan di dalam troli yang disediakan.
- Sebelum meninggalkan perpustakaan, pengguna dikehendaki menunjukkan buku-buku dan sebagainya sebelum dibawa keluar kepada petugas kaunter.
- Pihak perpustakaan berhak meminda peraturan perpustakaan dari masa ke masa.
Perkhidmatan Atas Talian
Waktu Operasi
Perpustakaan KEMENTAHIsnin-Jumaat : 0830 - 1645
Sabtu, Ahad & Cuti Umum (TUTUP)
Hubungi Kami
Markas Angkatan Tentera MalaysiaBahagian Perkhidmatan Anggota
Jabatan Arah Pendidikan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
library@mod.com.my
Peta ke Perpustakaan KEMENTAH