Maklumat soalan-soalan lazim kami akan terus ditambah baik . Ia mengandungi jawapan ditulis oleh pustakawan sebagai tindak balas kepada soalan-soalan yang telah ditanya.

  1. Bagaimanakah hendak menjadi ahli perpustakaan dan apakah syarat-syaratnya?

Syarat menjadi ahli perpustakaan adalah anggota tentera/ awam yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan.  Sila dapatkan borang keahlian dan sila sertakan sekeping gambar berukuran passport serta salinan kad  pengenalan untuk tujuan pendaftaran.

  1. Berapakah naskah bahan bacaan yang boleh dipinjam dalam satu-satu masa?

Sebanyak 10 naskah dibenarkan untuk dipinjam.

  1. Selain perkhidmatan pinjaman, apakah perkhidmatan lain yang disediakan?
  • Perkhidmatan lain yang disediakan adalah perkhidmatan auditorium yang boleh memuatkan  seramai 50 peserta, bilik sindiket, makmal computer serta ruangan kafeteria.
  • Kemudahan WIFI dan  mesin fotostat(bayaran minima akan dikenakan)
  1. Bagaimanakah cara untuk menggunakan katalog perpustakaan?

       Gunakan "Catalog Search dan paparan Web Opac dibuka untuk pencarian

  1. Saya tidak dapat mengesan buku yang saya perlukan di rak walaupun katalog menunjukkan buku berkenaan tidak dipinjam.
  • Semak sama ada anda di rak yang betul. Sekiranya anda di rak yang betul, pastikan anda di lokasi yang tepat. Buku dirak disusun mengikut nombor panggilan serta mengikut abjad. Lihat juga di rak yang berhampiran kerana ada kemungkinan ianya tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya.
  • Terdapat juga kemungkinan buku berada di rak menyusun atau pengguna lain sedang    menggunakannya di dalam Perpustakaan.
  • Sekiranya semua usaha anda gagal, dapatkan bantuan dan nasihat dari Pembantu Pustakawan  yang sedang bertugas di kaunter.
  1.  Bagaimanakah saya boleh mendapatkan artikel majalah dan keratan akhbar mengenai bidang ketenteraan?

           Boleh diakses melalui Kandungan Digital MAF

  1. Jika terlewat memulangkan bahan pinjaman, adakah dikenakan denda dan berapa     jumlah denda tersebut?

       Ahli tersebut tidak dibenarkan untuk meminjam dan akan di senarai hitam.

  1. Berapa lamakah tempoh pinjaman?

       Tempoh pinjaman bahan adalah selama 3 minggu untuk anggota Tentera dan Awam

       Tempoh pinjaman bahan adalah selama sebulan untuk penuntut  MTAT dan MPAT

  1. Bolehkah pembaharuan bahan dilakukan, dan bagaimanakah caranya?

       Ya, pembaharuan bahan boleh dilakukan melalui:

  • Panggilan telefon (berikan Nombor kad pengenalan atau Nombor Tentera)
  • Datang sendiri ke perpustakaan (Bawa bersama bahan pinjaman)
  1. Adakah buku di bahagian rujukan boleh dipinjam?
  • Boleh, 2 Naskah untuk 2 hari
  • Salinan fotostat dibenarkan dengan harga 10 sen sekeping dan dilakukan di dalam perpustakaan sahaja.
  1. Saya berminat untuk mendapatkan bahan rujukan daripada perpustakaan IMR( Institut Medical Research), bagaimanakah cara saya boleh mendapatkan bahan tersebut?

        Boleh, melalui pinjaman SPP atau Inter-library loan.  Sila rujuk dengan petugas di kaunter.

 

 

 

 

 

 

Waktu Operasi

Perpustakaan KEMENTAH
Isnin-Jumaat : 0830 - 1645

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (TUTUP)


Hubungi Kami

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Jabatan Arah Pendidikan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
library@mod.com.my
Peta ke Perpustakaan KEMENTAH