Perpustakaan KEMENTAH merupakan satu sel dibawah Jabatan Arah Pendidikan, BPA, MK ATM.  Perpustakaan KEMENTAH berperanan sebagai Perpustakaan Pusat bertanggungjawab kepada Pengarah Pendidikan ATM dan segala pengurusan perkhidmatan perpustakaan di semua Perpustakaan Cawangan Formasi/Pangkalan dan semua Pusat Latihan ATM.

Struktur Organisasi

Bahagian Tadbir

Bertanggungjawab merancang , mengurus dan menyelaras semua bidang pentadbiran perpustakaan.

Bahagian Kesedaran Semasa

Bertanggungjawab untuk memastikan kesedaran di kalangan pengguna mengenai perkhidmatan perpustakaan terkini yang disediakan.

Bahagian Dokumentasi

Bertanggungjawab ke atas dokumentasi dan pengkatalogan semua bahan-bahan perpustakaan.

Bahagian Sistem Maklumat

Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan penyelenggaraan perkakasan dan perisian Sistem Perpustakaan Digital ATM.

Bahagian Perkhidmatan

Bertanggungjawab ke atas semua perkhidmatan pengguna di perpustakaan KEMENTAH seperti pinjaman bahan , rujukan, dan memberikan nasihat kepada pengguna

Bahagian Perolehan Koleksi

Bertanggungjawab terhadap segala urusan pemerolehan bahan-bahan koleksi Perpustakaan KEMENTAH dan Cawangan serta pembinaan koleksi.

 

Waktu Operasi

Perpustakaan KEMENTAH
Isnin-Jumaat : 0830 - 1645

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (TUTUP)


Hubungi Kami

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Jabatan Arah Pendidikan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
library@mod.com.my
Peta ke Perpustakaan KEMENTAH