Perpustakaan KEMENTAH merupakan satu sel dibawah Jabatan Arah Pendidikan, BPA, MK ATM. Perpustakaan KEMENTAH berperanan sebagai Perpustakaan Pusat bertanggungjawab kepada Pengarah Pendidikan ATM dan segala pengurusan perkhidmatan perpustakaan di semua Perpustakaan Cawangan Formasi/Pangkalan dan semua Pusat Latihan ATM.
Struktur Organisasi
Bahagian Tadbir
Bertanggungjawab merancang , mengurus dan menyelaras semua bidang pentadbiran perpustakaan.
Bahagian Kesedaran Semasa
Bertanggungjawab untuk memastikan kesedaran di kalangan pengguna mengenai perkhidmatan perpustakaan terkini yang disediakan.
Bahagian Dokumentasi
Bertanggungjawab ke atas dokumentasi dan pengkatalogan semua bahan-bahan perpustakaan.
Bahagian Sistem Maklumat
Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan penyelenggaraan perkakasan dan perisian Sistem Perpustakaan Digital ATM.
Bahagian Perkhidmatan
Bertanggungjawab ke atas semua perkhidmatan pengguna di perpustakaan KEMENTAH seperti pinjaman bahan , rujukan, dan memberikan nasihat kepada pengguna
Bahagian Perolehan Koleksi
Bertanggungjawab terhadap segala urusan pemerolehan bahan-bahan koleksi Perpustakaan KEMENTAH dan Cawangan serta pembinaan koleksi.
Perkhidmatan Atas Talian
Waktu Operasi
Perpustakaan KEMENTAHIsnin-Jumaat : 0830 - 1645
Sabtu, Ahad & Cuti Umum (TUTUP)
Hubungi Kami
Markas Angkatan Tentera MalaysiaBahagian Perkhidmatan Anggota
Jabatan Arah Pendidikan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
library@mod.com.my
Peta ke Perpustakaan KEMENTAH