Peraturan Am

 Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

  1. Beg, payung, beret dan sebagainya tidak boleh di bawa masuk ke dalam perpustakaan. Barang-barang tersebut mestilah diletakkan di rak yang disediakan di luar perpustakaan, kecuali komputer riba.
     
  2. Semua buku-buku dan fail-fail kepunyaan sendiri tidak boleh di bawa masuk ke dalam perpustakaan tanpa kebenaran kakitangan yang bertugas di kaunter.
     
  3. Semua pengguna perpustakaan tidak dibenarkan merokok, makan dan minum di dalam perpustakaan.
     
  4. Semua pengguna perpustakaan hendaklah berkelakuan baik dan bersopan ketika berada di perpustakaan.
     
  5. Semasa meninggalkan perpustakaan semua pengguna dikehendaki menunjukkan semua buku serta bahan-bahan yang di bawa keluar untuk pemeriksaan oleh kakitangan yang bertugas di kaunter.
     
  6. Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya keatas pengguna perpustakaan yang engkar dan melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
     
  7. Meletakkan bahan yang dirujuk di atas meja pembaca.

Peraturan Pinjaman

  •  Peminjam adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku-buku yang dipinjam. Salah gunakan bahan-bahan perpustakaan seperti merosakkan, mengoyak, menggaris atau menconteng adalah merupakan kesalahan. Pengguna yang didapati melakukan kesalahan ini akan diambil tindakan tatatertib dan diminta untuk membayar ganti rugi.
     
  • Peminjam yang didapati merosakkan atau menghilangkan buku-buku dikehendaki mengantikannya  dengan dikenakan tambahan 50% termasuk harga asal.

 

Pembaharuan Pinjaman

Tempoh bahan yang dipinjam boleh diperbaharui untuk selama empat minggu lagi. Pembaharuan tempoh pinjaman boleh dibuat pada atau sebelum tarikh sepatutnya bahan dipulangkan. Pembaharuan bahan dibenarkan dua kali sahaja dan perlu datang ke perpustakaan.