Perkhidmatan

Jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan adalah:

 

Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan

Empat buah buku boleh di pinjam dalam suatu masa. Tempoh pinjaman adalah dua minggu dari tarikh pinjaman. Pinjaman jangka panjang dibenarkan hanya untuk buku-buku teks dan buku-buku yang digunakan khas untuk sesuatu kursus. Tempoh pinjaman ialah tiga bulan ataupun sehingga tamat kursus  yang mana lebih awal. Bagi bahan Terbitan Bersiri, peminjam dibenarkan bagi isu yang terbelakang sebanyak dua naskah selama seminggu. Terbitan Bersiri terkini adalah untuk rujukan di perpustakaan sahaja.

 

Perkhidmatan Rujukan

Buku-buku dalam kumpulan rujukan adalah kegunaan untuk rujukan di perpustakaan sahaja. Buku-buku bertanda "R" adalah koleksi rujukan. Walaubagaimanapun dalam keadaan penting adalah mengikut keperluan, bahan-bahan rujukan yang tertentu boleh dipinjam mengikut budi bicara pegawai perpustakaan.  Perkhidmatan rujukan meliputi pertanyaan rujukan samada melalui telefon, email atau datang ke Perpustakaan.

 

Perkhidmatan Atas Talian

Perpustakaan ATD menggunakan Sistem "Integrated Library Management Utility" (ILMU) sebagai sistem pengkomputerannya bagi membolehkan pengguna mengekses maklumat lengkap bahan melalui Katalog Awam Dalam Talian atau "Online Public Access Catalogue" (OPAC) yang lebih cekap dan berkesan melalui Database berpusat di Perpustakaan KEMENTAH.

 

Perkhidmatan pangkalan data atas talian Perpustakaan KEMENTAH boleh didapati  seperti berikut:

  • Web Infoline
  • Jane's Online
  • NetLibrary
  • Mylib
  • Military Netbase
  • Military Proquest
  • EIU.Com
  • e-Browse
  • Koleksi Digital – Multimedia Objects Manager (MOM)