Soalan Lazim

  • Berapakah kadar bayaran bagi pendaftaran keahlian?

    • Pendaftaran keahlian baru adalah percuma dan terbuka kepada semua warga KD PELANDOK khususnya dan warga TLDM amnya. Walaubagaimanapun, setiap pendaftaran keahlian memerlukan ahli menandatangani borang Baucer Debit sebanyak 4 keping.

  • Apakah faedah menjadi ahli Perpustakaan KD PELANDOK?

    • Bagi pengguna yang mendaftar sebagai ahli Perpustakaan KD PELANDOK akan memperolehi kelebihan seperti dapat menggunakan perkhidmatan fotokopi, kemudahan buku rujukan, ensiklopedia, kamus dan juga kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh KD PELANDOK.

  • Mengapa bahan-bahan bertanda 'R' tidak boleh dibawa keluar dari Perpustakaan KD PELANDOK?

    • Bahan-bahan bertanda 'R' adalah merujuk kepada bahan rujukan dan tidak boleh dibawa keluar kerana ia lebih berbentuk akademik dan sesuai digunakan untuk tujuan penyelidikan manakala buku/bahan di bahagian pinjaman adalah lebih berbentuk bahan bacaan ringan.

  • Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya ahli gagal memulangkan buku pada tempoh waktu yang ditetapkan?

    • Ahli yang gagal memulangkan buku pinjaman pada tempoh yang ditetapkan, Surat Peringatan akan dikeluarkan dan nama ahli akan dimasukkan dalam Perintah Harian. Tindakan tatatertib dan Baucer Debit akan diambil.