Am

 

    

Perpustakaan KD PELANDOK adalah perpustakaan pusat latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah naungan Perpustakaan Angkatan Tentera Malaysia. Perkhidmatan perpustakaan ini dipelbagaikan mengikut piawaian perpustakaan pusat pengajian tinggi dalam negara.

Perpustakaan KD PELANDOK menggunakan Sistem Perpustakaan Digital bagi mencapai hasrat perkongsian maklumat tanpa sempadan. 

Selain itu, perpustakaan juga sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan prasarana melalui aplikasi teknologi agar iklim perpustakaan lebih selesa, menarik dan bersesuaian.

 

Visi

 Menjadi sumber rujukan utama untuk pelbagai bidang ilmu melalui sistem pengurusan berteknologi, cekap dan efisyen.

Misi

Memberi perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti, profesional dan mesra pelanggan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bagi memenuhi visi dan misi MPL.

Objektif

  1. Memberi perkhidmatan bahan bercetak dan bukan bercetak, rujukan dan pinjaman untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pengguna.

  2. Menyalur maklumat yang tepat dan cepat kepada pengguna.

  3. Memupuk budaya membaca.

Piagam Pelanggan

ISNIN HINGGA KHAMIS
0730 - 1630
JUMAAT
0730 - 1215
1445 - 1630
SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM
Tutup

 

Halatuju dan Masa Depan Perpustakaan

Perpustakaan KD PELANDOK  menggunakan Sistem Perpustakaan Digital untuk mencapai hasrat perkongsian maklumat tanpa sempadan.  Selain itu, perpustakaan juga sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan prasarana melalui aplikasi teknologi agar iklim perpustakaan lebih selesa, menarik dan bersesuaian.

Keahlian

 Keahlian adalah percuma dan terbuka kepada semua warga KD PELANDOK khususnya dan warga TLDM amnya.

Carta Organisasi