Am
| Perpustakaan KD PELANDOK adalah perpustakaan pusat latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah naungan Perpustakaan Angkatan Tentera Malaysia. Perkhidmatan perpustakaan ini dipelbagaikan mengikut piawaian perpustakaan pusat pengajian tinggi dalam negara. Perpustakaan KD PELANDOK menggunakan Sistem Perpustakaan Digital bagi mencapai hasrat perkongsian maklumat tanpa sempadan. Selain itu, perpustakaan juga sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan prasarana melalui aplikasi teknologi agar iklim perpustakaan lebih selesa, menarik dan bersesuaian. |
Visi
Menjadi sumber rujukan utama untuk pelbagai bidang ilmu melalui sistem pengurusan berteknologi, cekap dan efisyen.
Misi
Memberi perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti, profesional dan mesra pelanggan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bagi memenuhi visi dan misi MPL.
Objektif
-
Memberi perkhidmatan bahan bercetak dan bukan bercetak, rujukan dan pinjaman untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pengguna.
-
Menyalur maklumat yang tepat dan cepat kepada pengguna.
-
Memupuk budaya membaca.
Piagam Pelanggan
ISNIN HINGGA KHAMIS |
0730 - 1630 |
JUMAAT |
0730 - 1215 |
1445 - 1630 |
SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM |
Tutup |
Halatuju dan Masa Depan Perpustakaan
Perpustakaan KD PELANDOK menggunakan Sistem Perpustakaan Digital untuk mencapai hasrat perkongsian maklumat tanpa sempadan. Selain itu, perpustakaan juga sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan prasarana melalui aplikasi teknologi agar iklim perpustakaan lebih selesa, menarik dan bersesuaian.
Keahlian
Keahlian adalah percuma dan terbuka kepada semua warga KD PELANDOK khususnya dan warga TLDM amnya.
Carta Organisasi