Peraturan Perpustakaan

 

  • Peminjam yang layak:
    • Semua warga KD PELANDOK khususnya dan warga TLDM amnya  (dikehendaki menandatangani borang Baucer Debit sebanyak 4 keping).
  • Setiap anggota yang mendaftar sebagai ahli akan diberi 1 kad pinjaman.
  • Ahli boleh meminjam 4 buah buku pada setiap kali pinjaman untuk tempoh selama 2 minggu.
  • Ahli yang ingin menyimpan buku pinjaman lebih dari 2 minggu, boleh membuat penyambungan dengan memaklumkan kepada staf perpustakaan sebelum tamat tempoh pinjaman tersebut.
  • Buku-buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan segera apabila tamat kursus atau sebelum membuat Rutin Keluar (Draft Out).
  • Buku yang tercatat perkataan ‘R' tidak dibenarkan dipinjam dan dibawa keluar dari perpustakaan.
  • Semua jenis kamus, buku panduan, suratkhabar, majalah dan risalah tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan.
  • Anggota yang gagal memulangkan buku pinjaman pada tempoh yang ditetapkan, Surat Peringatan akan dikeluarkan dan nama anggota akan dimasukkan dalam Perintah Harian. Tindakan tatatertib dan Baucer Debit akan diambil ke atas anggota yang gagal memulangkan buku pinjaman.
  • Apabila berada di perpustakaan, semua anggota mestilah SENYAP.
  • Tidak dibenarkan makan, minum dan merokok di dalam perpustakaan.