Waktu Operasi

ISNIN HINGGA KHAMIS
0730 - 1630
JUMAAT
0730 - 1215
1445 - 1630
SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM
Tutup

 

Perkhidmatan yang disediakan

1. Pinjaman Buku
2. Rujukan Kamus dan Ensiklopedia
3. Bilik Internet Internet dan TLDMNet
4. Bilik Koleksi Khas Pakej Latihan dan Buku Rujukan
5. Akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan The Star
6. Fotostat Bahan perpustakaan sahaja.

 

 

Perkhidmatan Atas Talian

AM

Perkhidmatan atas talian Perpustakaan KEMENTAH disediakan melalui laman web rasmi Perpustakaan KEMENTAH. Laman web ini telah dilancarkan pada 17 April 2002 dan dirasmikan oleh YBhg Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato' Haji Suleiman bin Mahmud. Laman web ini boleh diakses di alamat http://library.mod.gov.my. Laman web rasmi perpustakaan KEMENTAH dibina berkonsepkan web portal. Pelbagai maklumat dan pautan (links) berguna boleh diperolehi melalui laman web ini.

 

PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

Perkhidmatan pangkalan data atas talian sangat bermanfaat untuk pencarian maklumat bahan perpustakaan dan rujukan ilmiah secara lebih global, efektif dan mudah. Untuk membolehkan pengguna Perpustakaan KD PELANDOK mengakses pangkalan data ini, pengguna perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

 

  1. Layari laman Web Perpustakaan KEMENTAH di alamat:
    http://library.mod.gov.my

     
  2. Masukkan id pengguna dan kata laluan dengan menggunakan akaun berikut:
    • id pengguna : kdpelandok
    • password : 1234
  3. Kemudian, pengguna akan menerima paparan Laman Utama Ahli yang mengandungi ikon untuk akses kepada Pangkalan Data Atas Talian, katalog perpustakaan, kalendar, pencarian menyeluruh dan sebagainya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa pangkalan data atas talian yang memerlukan kata laluan khusus untuk daftar masuk bagi membolehkan maklumat diakses.
    • OPAC (Katalog Perpustakaan)
      • WebOPAC – Mencari maklumat buku perpustakaan.
      • WebInfoline – Mencari maklumat terbitan berjilid dan majalah.
  4. ATM Koleksi Digital (Multimedia Objects Manager (MOM))
    Menyediakan maklumat daripada koleksi tesis, rencana dan terbitan ATM dalam bentuk digital.

     
  5. Jane's Online – Menyediakan maklumat mengenai bahan rujukan ketenteraan dalam pelbagai bidang. Terdapat 2 pangkalan data utama yang dilanggan iaitu:
    • Defence Magazine Library
    • Defence Equipment Library
  6. NetLibrary (e-book)
    Menyediakan maklumat koleksi buku yang diperolehi Perpustakaan KEMENTAH dalam bentuk digital. Maklumat bahan dalam format pdf boleh dibaca dan dimuat turun.

     
  7. Mylib - Menyediakan maklumat melalui pangkalan data yang dilanggan iaitu:
    • user id : kementah
    • password : kementah
    • Ebsco Information Service
      maklumat bersepadu dalam berbagai-bagai bidang.
    • CLJ Network
      maklumat mengenai undang-undang.
    • Pangkalan data dalam negara seperti SIRIMLINK, MASTIKLINK dan PalmOils
  8. Military Netbase
    Menyediakan maklumat ketenteraan melalui buku-buku ketenteraan berbentuk elektronik dari dalam dan luar negara.
    • user id : defmalay
    • password : defmalay
  9. Military Proquest
    Menyediakan maklumat ketenteraan melalui majalah atau terbitan bersiri berbentuk elektronik dari dalam dan luar negara.
    • user id : 3GT26F6SPW
    • password : welcome
  10. EIU.com (Economist Intelligence Unit)
    Menyediakan maklumat mengenai analisis ekonomi dan perniagaan bagi negara-negara di seluruh dunia.
    • user id : modmy
    • password : modmy
  11. e-Browse (Akhbar Elektronik)
    Menyediakan maklumat daripada akhbar-akhbar tempatan iaitu News Straits Times, The Malay Mail, Berita Harian dan Harian Metro.
    • user id : pkmat01
    • password : password