WAKTU OPERASI

HARI

MASA

Isnin - Khamis0745 - 1645
Jumaat0745 - 1215
1445 - 1645
Sabtu & AhadTUTUP
Cuti Umum

 

Perpustakaan akan dibuka sekiranya menerima permintaan daripada pengguna sekurang-kurangnya minimum 10 orang. Permohonan mestilah dibuat 7 hari sebelum tarikh yang dimohon.
KEMENTAH Library Portal KEMENTAH Library Portal
Web Content Display Web Content Display

Perpustakaan
Kolej Tentera Udara
06200 Kepala Batas
Kedah Darul Aman
Telefon: 04 - 7144001 ext 1280

Jumlah pengunjung

web stats

Web Content Display Web Content Display

 Pengumuman...

Web Content Display Web Content Display

          Selamat datang ke Portal Perpustakaan Kolej Tentera Udara Alor Setar di bawah naungan Perpustakaan Angkatan Tentera Malaysia. Perkhidmatan Perpustakaan ini dipelbagaikan mengikut piawaian perpustakaan pusat pengajian tinggi dalam Negara.

          Perpustakaan Kolej Tentera Udara sedang menuju ke arah penubuhan sistem perpustakaan digital untuk mencapai hasrat perkongsian maklumat tanpa sempadan. Selain itu, perpustakaan juga sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan prasarana melalui aplikasi teknologi agar iklim perpustakaan lebih selesa, menarik dan bersesuaian.

Sejarah Kolej Tentera Udara

          Penubuhan Sekolah Latihan Penerbangan TUDM bermula dalam tahun 1963. Penubuhan tersebut adalah untuk mengambil alih Lapangan Terbang Alor Setar dari Tentera Udara Diraja British. Pada 1hb Julai 1964, secara rasminya terbentuk Sekolah Latihan Penerbangan TUDM Alor Setar. Sqn Ldr FJ Woodard seorang pegawai pinjaman dari RAF adalah Pegawai Memerintah yang pertama.

          Pangkalan ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Hussain pada 10 hb Mei 1965. Pada tahun berikutnya, pada 21hb Februari 1966, kuasa memerintah pangkalan ini telah disandang oleh anak Malaysia bagi pertama kalinya. Beliau adalah Sq Ldr Sulaiman bin Sujak.

          Sejak penubuhannya Sekolah Latihan Penerbangan ini telah mengalami beberapa perubahan penting. Dalam tahun 1971 Pangkalan ini telah mengambil alih Kursus  Latihan Lanjutan  yang sebelumnya dijalankan di Kuala Lumpur.

          Pada Januari 1978, Sekolah Latihan Jurulatih Penerbangan telah ditubuhkan di Pangkalan ini. Ianya kemudian dikenali dengan nama Institut Penerbangan Utama.

          Pada 1 hb Januari 1995 Pangkalan TUDM Alor Setar telah dinaikkan ke Kolej Tentera Udara. Lokasinya terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah Darul Aman. Dengan keluasan seluas 65 hektar persegi, ianya bertujuan bagi menetapkan semua unit-unit latihan di satu tempat yang sesuai dengan suasana latihan dan mempunyai kelengkapan serta kemudahan yang mencukupi.

          Dengan konsep pemusatan ini beberapa unit Latihan TUDM seperti Pusat Latihan Pegawai (PLP), Institut Teknologi Aerospace (ITAS) dan Pusat Latihan Terbang 2 telah ditempatkan di TUDM Alor Setar. Pemusatan unit-unit latihan ini juga berasaskan kepada wawasan TUDM untuk menjadikan Kolej Tentera Udara sebagai ‘Centre Of Aerospace Studies’.