Am

Perpustakaan KTU adalah Perpustakaan Pusat Latihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di bawah naungan Perpustakaan Angkatan Tentera Malaysia. Perpustakaan KTU adalah perpustakaan yang memberikan perkhidmatan berdasarkan keperluan maklumat ketenteraan, pertahanan dan pengetahuan global.


Perpustakaan KTU sedang menuju ke arah Penubuhan Sistem Perpustakaan Digital untuk mencapai hasrat perkongsian maklumat tanpa sempadan yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatannya secara menyeluruh.
 

Visi

Menjadi sebuah pusat utama untuk sumber rujukan yang memiliki pelbagai cabang bidang ilmu berteraskan satu sistem pengurusan yang berteknologi dan sistematik.
 

Misi

Menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang profesional, efisien dan memenuhi keperluan pengguna selaras dengan era teknologi maklumat terkini.

Piagam Pelanggan

Piagam perpustakaan adalah seperti :

  1. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang lengkap serta mudah.
  2. Menerapkan budaya ilmu di kalangan warga tentera dan awam yang bekerja di Kolej ini.
  3. Semua warga Kolej dapat menikmati kemudahan perpustakaan dengan lebih selesa dan sempurna.
  4. Memperluaskan ilmu pengetahuan kepada warga Kolej dan keluarga mereka.

Halatuju Perpustakaan

Menuju ke arah Sistem Perpustakaan Digital yang stabil dan fleksibel demi memberikan mutu perkhidmatan yang cekap kepada warga KTU.

Web Content Display

Keahlian adalah percuma dan terbuka kepada semua warga KTU termasuk kakitangan-kakitangan swasta yang berkhidmat di KTU.

Carta Organisasi