
Kolej yang ditubuhkan pada 1 April 1980 dinamakan Malaysian Joint Services Staff College di tukar nama kepada Armed Forces Defence College atau dalam bahasa melayunya Maktab Pertahanan Angkatan Tentera pada 1 Januari 1981 dipenuhi dengan tanggungjawab dan tugas mengendalikan kursus pengajian pertahanan.
Perasmian kolej dilakukan serentak dengan pembukaan kursus pertama pada 16 September 1981 oleh Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu. Pada waktu ini MPAT adalah merupakan sebuah pusat pengajian ketenteraan tertinggi negara.
Portal Perpustakaan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera memberikan perkhidmatan seperti Perkhidmatan Rujukan dan Pencarian Maklumat, Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan dan juga Perkhidmatan Atas Talian, dimana pengguna boleh mencari maklumat mengenai bahan boleh di dapati melalui Online Public Access Catalogue (OPAC).