FAQ / Soalan Lazim

  • Berapakah kadar bayaran bagi pendaftaran keahlian?
    Pendaftaran keahlian baru adalah percuma dan terbuka kepada semua warga MPAT. Walaubagaimanapun, setiap pendaftaran keahlian memerlukan ahli menandatangani borang Baucer Debit sebanyak 4 keping.

     

  • Apakah faedah menjadi ahli Perpustakaan MPAT?
    Bagi pengguna yang mendaftar sebagai ahli Perpustakaan MPAT akan memperolehi kelebihan seperti dapat menggunakan perkhidmatan fotokopi, kemudahan buku rujukan, ensiklopedia, kamus dan juga kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh perpustakaan MPAT.

     

  • Mengapa bahan-bahan bertanda 'R' tidak boleh dibawa keluar dari Perpustakaan MPAT?
    Bahan-bahan bertanda 'R' adalah merujuk kepada bahan rujukan dan tidak boleh dibawa keluar kerana ia lebih berbentuk akademik dan sesuai digunakan untuk tujuan penyelidikan manakala buku/bahan di bahagian pinjaman adalah lebih berbentuk bahan bacaan ringan.


     

  • Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya ahli gagal memulangkan buku pada tempoh waktu yang ditetapkan?
    Ahli yang gagal memulangkan buku pinjaman pada tempoh yang ditetapkan, Surat Peringatan akan dikeluarkan dan nama ahli akan dimasukkan dalam Perintah Harian. Tindakan tatatertib dan Baucer Debit akan diambil.