Sejarah Penubuhan MPAT

Cadangan penubuhan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera mula dibangkitkan semasa sidang mesyuarat MTAT pada 23 Ogos 1978 atas perlunya  diwujudkan sebuah institusi pengajian tinggi ketenteraan didalam negara. Usaha ini membawa kepada satu ketetapan yang diambil oleh Majlis Angkatan Tentera (AFC) dalam mesyuarat  ke 192 nya  pada 31 Mei 1979 untuk menubuhkan satu  jawatankuasa penubuhan kolej MAFSC. 

Hasilnya jawatankuasa yang diketuai oleh Timbalan panglima Tentera Darat telah membuat kajian mendalam akan penempatan, keperluan kewangan dan cadadangan organisasi ini.  Laporan jawatankuasa itu telah diterima dan disahkan oleh Majlis Angkatan Tentera dalam mesyuaratnya keli ke 194 bertarikh 27 September 1979.

Kolej yang ditubuhkan pada 1 April 1980 dinamakan Malaysian Joint Services Staff College di tukar nama kepada Armed Forces Defence College atau dalam bahasa Melayunya Maktab Pertahanan Angkatan Tentera  pada 1 Januari 1981 dipenuhi dengan tanggungjawab dan tugas mengendalikan kursus pengajian pertahanan.

Perasmian kolej dilakukan serentak dengan pembukaan kursus pertama pada 16 September 1981 oleh Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.  Pada waktu ini MPAT adalah merupakan sebuah pusat pengajian ketenteraan tertinggi negara.

Visi & Misi

VISI

Menjadi sebuah pusat kecemerlangan negara dalam pengajian pertahan dan peperangan

MISI

Memberi pegawai yang terpilih (Leftenan Kolonel atau yang setaraf dengannya) dari  Angkatan Tentera Malaysia, Polis Di Raja Malaysia, Pegawai Tadbir Diplomatik  dan Angkatan Tentera dari negara jiran dengan pendidikan professional (pengajian pertahanan) sebagai persediaan  mereka untuk menyandang  jawatan yang lebih tinggi

Objektif

Menyediakan  pengetahuan professional yang diperlukan melalui aktiviti terencana seperti ceramah, penyelidikan, seminar dan kajian medan
 

Meningkatkan kemahiran dan kebolehan amali segala ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui aktiviti terencana yang dikehendaki oleh MPAT
 

Membimbing semua peserta kursus sebagai penasihat dan penggubal dasar ketahap perancangan strategik yang berkebolehan

Carta Organisasi