Peraturan Perpustakaan
Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi (draf) :
- Semua warga Kolej Tentera Udara (dikehendaki menandatangani borang Baucer Debit sebanyak 5 keping).
- Setiap anggota yang mendaftar sebagai ahli akan diberi 2 kad peminjam.
- Para ahli dibenarkan meminjam 3 buah buku pada setiap kali pinjaman untuk tempoh selama 2 minggu.
- Para ahli yang ingin meminjam buku pinjaman lebih daripada 2 minggu, boleh membuat penyambungan dengan memaklumkan kepada staf perpustakaan sebelum tamat tempoh pinjaman tersebut.
- Buku- buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan segera apabila tamat kursus atau sebelum membuat Sijil Penyelesaian.
- Buku yang tercatat perkataan ‘R' tidak dibenarkan pinjam dan dibawa keluar dari perpustakaan.
- Semua jenis kamus, buku panduan , suratkhabar, majalah dan risalah tidak dibenarkan keluar dari perpustakaan.
- Para ahli yang gagal memulangkan buku pinjaman pada tempoh yang ditetapkan, Surat Peringatan akan dikeluarkan. Tindakan tatatertib dan Baucer Debit akan diambil ke atas ahli-ahli yang gagal memulangkan buku pinjaman.
- Apabila berada di perpustakaan, semua anggota mestilah SENYAP.
- Tidak dibenarkan makan, minum dan merokok di dalam perpustakaan.