Peraturan Perpustakaan

Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi (draf) :

  1. Semua warga Kolej Tentera Udara (dikehendaki menandatangani borang Baucer Debit sebanyak 5 keping).
  2. Setiap anggota yang mendaftar sebagai ahli akan diberi 2 kad peminjam.
  3. Para ahli dibenarkan meminjam 3 buah buku pada setiap kali pinjaman untuk tempoh selama 2 minggu.
  4. Para ahli yang ingin meminjam buku pinjaman lebih daripada 2 minggu, boleh membuat penyambungan dengan memaklumkan kepada staf perpustakaan sebelum tamat tempoh pinjaman tersebut.
  5. Buku- buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan segera apabila tamat kursus atau sebelum membuat Sijil Penyelesaian.
  6. Buku yang tercatat perkataan ‘R' tidak dibenarkan pinjam dan dibawa keluar dari perpustakaan.
  7. Semua jenis kamus, buku panduan , suratkhabar, majalah dan risalah tidak dibenarkan keluar dari perpustakaan.
  8. Para ahli yang gagal memulangkan buku pinjaman pada tempoh yang ditetapkan, Surat Peringatan akan dikeluarkan. Tindakan tatatertib dan Baucer Debit akan diambil ke atas ahli-ahli yang gagal memulangkan buku pinjaman.
  9. Apabila berada di perpustakaan, semua anggota mestilah SENYAP.
  10. Tidak dibenarkan makan, minum dan merokok di dalam perpustakaan.